Selepas kejayaan lagu duet mereka ‘Jarak’ tahun lalu, Aisha Retno dan bintang kelahiran Brunei, Aziz Harun kembali bersama lagi tahun ini dengan sebuah bingkisan istimewa berjudul ‘Ketipak Ketipung Raya’ sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal muncul tak lama lagi.
Menceritakan Mengenai Persedian Hari Raya
Lagu yang dicipta dan ditulis oleh Aziz Harun, Aisha Retno bersama dengan bantuan Romeo serta Glowrush selaku penerbit ini sebenarnya merupakan sebuah projek spontan yang tidak dijangka.
Saat ditanya apakah maksud di sebalik lagu ini, kedua-dua artis ini memberitahu bahawa pesanan yang disampaikan sebenarnya sangat mudah, iaitu tentang persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Malah, kedua mereka bersetuju menyatakan bahawa proses rakaman lagu ini tidak banyak halangan dan berjalan dengan sangat lancar.
Keserasian Sudah Wujud Sekian Lama
Mereka berdua juga senang bekerjasama kerana keserasian sudah wujud sejak berduet lewat lagu Jarak lagi. Bezanya hanyalah tema lagu duet kali ini adalah lagu Hari Raya.
Lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik yang dirakam dalam sekali harung sahaja.
Lagu ini telah dikeluarkan pada tarikh 22 Mac 2024 jam 12 pagi waktu Malaysia, ‘Ketipak Ketipung Raya’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.