Pada 29 Januari yang lalu, Khairul Aming telah mengumumkan bahawa beliau akan melancarkan produk terbaru yang akan melengkapkan Sambal Nyet Berapi.
Perlu Modal RM 2 Juta
Khairul Aming telah mengumumkan bahawa Dendeng Nyet Berapi telah mengambil masa setahun bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan memerlukan modal sebanyak RM2 juta untuk persediaan mesin serta pengubahsuaian kilang.
Melalui hantaran lain, Khairul Aming berharap agar orang ramai menyukai produk terbaru tersebut.
Pada Jumaat yang lepas, produk terbaru yang mempengaruhi media sosial iaitu Dendeng Nyet Berapi telah terjual sebanyak RM1.2 juta hanya dalam masa tiga minit.
Jualan Terpantas di TikTok Shop
Khairul Aming sebelum ini telah mendedahkan bahawa produk berkenaan telah menjadi jualan terpantas di TikTokShop Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 80,000 unit.
Kita berjaya lakukannya. Jualan RM1.2 juta terpantas di TikTokShop Malaysia. Dengan jumlah 80,000 unit Dendeng Nyet Berapi terjual dalam masa tiga minit.
Saya bersyukur di atas segala sokongan yang diberikan sejak tiga tahun lalu. Terima kasih semua
Khairul Aming turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada peminatnya dan pembeli kerana sentiasa menyokongnya selama tiga tahun dalam bidang tersebut.
Kak Ogy Turut Bangga
Atas kejayaan tersebut, pelakon dan pengarah yang berbakat, Fauziah Ahmad Daud turut memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya mengenai kejayaan Khairul Aming.
Kamu memberi inspirasi kepada saya. Contoh teladan yang bagus dan merendah diri.
Tahniah En. Khairul Aming. Terus maju dan sukses Kak Ogy doakan ya.
Amat bangga dengan pencapaian En Khairul. Alhamdulillah.
Tulisnya, dia sangat berbangga melihat kejayaan Khairul Amin dan menjadi inspirasi buat Kak Ogy. Malah Kak Ogy juga turut mendoakan agar Khairul Aming semoga terus maju dan berjaya.