Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKejujuran & Kepercayaan Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga Zamarul Hisham – ‘DM IG,...

    Kejujuran & Kepercayaan Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga Zamarul Hisham – ‘DM IG, Nombor Pin Bank, Semua Diana Tahu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Semua benda Diana tahu

    Ketika ditemui , pemilik nama Zamarul Hisham Mohamed memegang prinsip kepercayaan dan kejujuran menjadi kunci kepada kebahagiaan dalam hidup berumah tangga.

    Saya jenis yang tak suka balas DM, Instagram (IG) pun kadang-kadang selang seminggu baru saya ‘upload’ satu posting.

    Isteri saya bising, kena buat posting katanya. Begitu juga dengan TikTok, dua tiga hari ja saya rancak selepas itu hilang. Kemudiannya, sebulan saya tak buka.

    Jadi kadang-kadang bila DM mesej banyak masuk, isteri saya yang baca tetapi dia tidak balas kecuali rakan-rakan terdekat.

    Kalau dia yang buka dia akan tolong balas. Saya dan isteri memang tiada rahsia. Kadang-kadang saya, kadang-kadang dia yang baca.

    Telefon bimbit saya memang bersepah, kata laluan akaun saya semua memang tak ada rahsia. Tak tahulah nak kata apa tapi semuanya saya buat ‘based on trust’.

    Zamarul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui Gempak pada majlis Afyaa Dari Poket Artis ke Poket Artis di Shah Alam, baru-baru ini.

    Tambah Zamarul, dia seorang yang tidak gemar untuk membalas mesej dan hantaran di IG kerana lebih suka untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap keluarga.

    Saya tak baca DM sebab bagi saya, saya ini pelakon. Saya perlu menjalani penggambaran bila saya berlakon.

    Jadi bila selesai sahaja penggambaran sudah tentu saya mahu berehat dan meluangkan masa dengan anak-anak.

    Bila tiba masa untuk berehat, saya bukan seorang pelakon dah. Saya lepak dengan anak-anak dan keluarga jadi saya tidak layan benda-benda sebegitu, saya jarang tengok.

    Sekadar info, Zamarul mendirikan rumah tangga dengan Diana pada 2009 sebelum bercerai pada 15 Januari 2015.

    ALSO READ:  Tomok Nasihat Penyanyi Jangan Tertipu Dengan ‘Janji Manis’, Selidik Latar Belakang Penganjur Konsert

    Walau bagaimanapun, mereka berdua kemudiannya mengambil keputusan untuk rujuk semula sebulan selepas itu.

    Untuk rekod, Zamarul dan Diana dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 14, Kayla Reysha, 7, dan Kaydeen Haiqal, 4 tahun sepanjang perkahwinan mereka.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts