Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKejutan Dr Say Shazril Melihat Isteri Menangis Terharu, Menyeru Generasi Muda Untuk...

    Kejutan Dr Say Shazril Melihat Isteri Menangis Terharu, Menyeru Generasi Muda Untuk Menamatkan Pendidikan Mereka

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh dan pengacara, Dr Say Shazril mengakui dirinya berasa terkejut apabila mengetahui isterinya, Dr. Azura Abas, menitiskan air mata susulan kemenangannya yang dinobatkan sebagai Digital Content Creator Tergempak (Motivator) di Anugerah Gempak Most Wanted 2023 (GMWA23) malam tadi.

    Isteri banyak membantu

    Ketika ditemui , Dr. Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin berkata, isterinya merupakan tunjang utama kepada kemenangannya kerana banyak memberikan sokongan dan dorongan buatnya untuk melakukan apa-apa ‘content’ di media sosial.

    Saya sebenarnya terkejut dan tidak sangka isteri akan menitiskan air mata.

    Sumbangan dia kepada saya sangatlah besar sebab setiap apa yang saya nak post di media sosial saya akan minta bantuan daripada dia.

    Dia banyak memainkan peranan sebab dia yang akan menyemak konten yang saya lakukan.

    Dia ibarat otak dan saya hanyalah penggeraknya dan kebanyakan apa yang saya kongsikan adalah hasil bacaan dan kajian kami bersama.

    Dr. Say berkongsi perkara tersebut ketika ditemui sejurus selepas penyampaian anugerah berkenaan di Putrajaya Internation Convention Centre (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

    Dalam pada itu, pempengaruh berusia 36 tahun tersebut sempat menitipkan pesanan kepada anak muda di luar sana yang berminat untuk menjadi pencipta kandungan agar terus menimba ilmu dan mengutamakan pelajaran mereka.

    Hari ini semua orang mahu menjadi pencipta kandungan, mahu jadi terkenal sehingga ada yang berhenti belajar atau enggan menyambung pelajaran.

    Tapi yang berjaya mungkin satu persen. Kita perlu fikir kandungan apa yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

    Ilmu juga akan membuat kita bijak mengendalikan emosi dan tidak cepat melatah.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Firdaus Wong Dakwa Tok Kadi ‘Buli’ Pengantin, Ugut Nak Batalkan Pernikahan – ‘Kalau Tak Puas Hati, Suruh Mereka Nikah Di Pejabat Agama Je’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts