Sekadar gambar hiasan
Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang suami apabila cintanya dikhianati oleh si isteri ketika dirinya sibuk mencari rezeki buat keluarga.
‘Dia rasa macam bininya dah berubah’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi satu hantaran di aplikasi X, seorang pengguna berkongsi pengalaman hitam yang dilalui rakannya apabila mengetahui empat daripada enam anak yang dibesarkan selama ini adalah bukan zuriat kandungnya.
Bercerita dengan lebih lanjut, individu itu memberitahu rakannya yang berkhidmat sebagai pekerja luar pesisir atau ‘offshore’ mengambil keputusan untuk tetap bersama isterinya kmemandangkan dua anaknya adalah darah dagingnya sendiri.
Dia jumpa doktor secara kebetulan dan cuba ambil kesempatan nak check ujian asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga. Semua ini aturan Allah SWT dan dia masih buat-buat tak tahu depan bini. Sebab dia rasa macam bininya dah berubah.
Apabila ditanya mengenai kemiripan wajah kesemua anak-anaknya, individu itu berkata empat zuriat yang bukan darah dagingnya itu memiliki tona kulit yang berbeza dengannya. Lebih mengejutkan, keempat-empat mereka mempunyai bapa yang berbeza-beza.
Susulan daripada apa yang berlaku, individu terbabit sempat menitipkan nasihat buat orang ramai unuk membuat ujian DNA terutamanya bagi mereka yang bekerja di luar kawasan.