Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKekal Kedudukan Ke 6 Untuk Indeks Pelancongan Muslim Global – “Jom Ke...

    Kekal Kedudukan Ke 6 Untuk Indeks Pelancongan Muslim Global – “Jom Ke Jepun!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Japan National Tourism Organization Kuala Lumpur Office (JNTO KL) berkongsi maklumat mengenai topik pelancongan mesra Muslim yang akan memberi inspirasi kepada pelancong Malaysia yang ingin melawati negara Jepun.

    Kekal Kedudukan Indeks Pelancongan Muslim

    Di Sidang Kemuncak Global Halal in Travel 2023 yang diadakan di Singapura pada 1hb Jun 2023, Jepun tersenarai di tempat keenam antara 138 negara, mengekalkan kedudukannya dari tahun lepas dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2023.

    Sidang kemuncak ini menghimpunkan pelbagai pihak dari industri pelancongan dan organisasi pelancongan rasmi negara untuk membincangkan peluang dalam pasaran pelancongan Muslim antarabangsa.

    Projek Mesra Muslim Hida Takayama

    via Ringe Japan

    Dengan populasi hanya 80,000 orang, Bandar Takayama di Wilayah Gifu menarik sebanyak 35,000 orang pelancong dari Malaysia dan Indonesia.

    Menerusi Projek Mesra Muslim ini, Takayama berusaha untuk meningkatkan kemudahan mesra Muslim untuk memudahkan pelancong Muslim yang mengunjungi kawasan ini dengan maklumat tentang restoran mesra Muslim, ketersediaan ruang solat, dan maklumat lain yang berguna.

    Menikmati Daging Lembu Kobe Yang Halal

    via Visit Kobe

    Hanya 20 minit dengan menaiki kereta api dari Osaka, bandar Kobe merupakan tuan rumah kepada masjid tertua di Jepun, iaitu Masjid Kobe.

    Kobe menawarkan pelbagai kemudahan mesra Muslim, seperti pengalaman menikmati teppanyaki asli dengan daging yang diperakui halal supaya pengunjung Muslim boleh menjamu selera tanpa ragu-ragu.

    Selain dari senarai di atas, Jepun telah menyediakan lebih banyak wilayah yang mementingkan panduan mesra Muslim untuk pelancong.

    Malah Bandar Okayama berkongsi lebih lanjut tentang usaha mereka untuk menarik perhatian pelancong Muslim

    Menggunakan “Peach Mark”

    via Japan News

    Sehubungan itu, Bandar Okayama, Bandar Maniwa dan Bandar Kibichuo sedang bekerjasama untuk menggunakan “Peach Mark”.

    ALSO READ:  Tsunami kecil sampai di pantai lepas gempa bumi landa Jepun

    Peach Mark berfungsi memberikan maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang tidak mengandungi produk sampingan iaitu daging khinzir dan alkohol, berserta maklumat yang berguna untuk orang asing, seperti senarai ramuan, menu dan perkhidmatan disediakan dalam bahasa Inggeris.

    Piawaian untuk perniagaan yang diperakui dengan Peach Mark disediakan dengan kerjasama komuniti dan organisasi Muslim yang berpangkalan di Jepun.



    Credit: Jalan-Jalan – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts