Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKekal Tenang Dan Kunci Mulut Biarpun Hadapi Provokasi ‘Melampau’, Netizen Anggap Zahirah...

    Kekal Tenang Dan Kunci Mulut Biarpun Hadapi Provokasi ‘Melampau’, Netizen Anggap Zahirah Macwilson Wanita Bermaruah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jatuh cinta adalah sesuatu yang misteri, aneh, unik dan ada kalanya sukar dijelaskan. Ada pasangan yang sudah berpuluh-puluh tahun hidup bersama, cinta tetap kukuh dan mekar.

    Sebahagian pasangan lain pula ada yang berpaling kepada cinta lain selepas berbelas tahun menjalani bahtera perkahwinan.

    Realitinya, putus cinta adalah sesuatu yang menyakitkan!

    Selain dirundung kesedihan, seseorang yang mengalami putus cinta juga pasti akan kecewa dan amarah hingga mengalami tekanan perasaan.

    Berbahas soal ini, meskipun terus diprovokasi pelakon Fatiya Latiff, aktres jelita Zahirah Macwilson kekal tenang mengunci mulut daripada melayan satu persatu serangan terhadapnya.

    Tindakan bijak Zahirah, 29, itu sekali gus meraih pujian netizen yang menyifatkan dirinya sebagai wanita ‘mahal’ dan bermaruah kerana tidak cepat melenting.

    “Jadilah seperti Zahirah Macwilson yang tidak peduli apa orang cakap dan gembira dengan kehidupan sendiri,” kata netizen.

    Keadaan semakin panas hari ini apabila Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, memuat naik foto bersama bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza, yang kini sudah bergelar suami Zahirah.

    Bukan hanya itu, dia turut memaparkan keratan akhbar temu bual Aiman yang memaklumkan masih menyayangi Fatiya selepas setahun mereka berpisah.

    Sejak 8 Januari lalu, pelakon drama Ariana Rose itu mengejutkan ramai apabila melabel wajah Zahirah seperti pembantu rumah dan menuduh aktres itu melakukan pembedahan plastik pada bibir.

    Fatiya sebelum ini pernah bercinta dengan Aiman namun hubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

    Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts