Penyanyi dan pelakon, Didi Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 pada Rabu.
‘Awak milik saya’
Bersempena hari bermakna itu, kekasih kepada Didi yang dikenali sebagai Diniey Ng menitipkan ucapan istimewa.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story, Diniey bersyukur dipertemukan dengan Didi dalam kehidupannya.
Saya tak pernah tahu akhirnya akan berjumpa dengan seorang yang sangat istimewa seperti awak. Awak menjadikan saya seorang individu yang lebih baik.
Awak adalah satu-satunya wanita paling cantik dalam dunia ini di mata saya dan saya tak percaya awak milik saya.
Pada hanataran sama, Diniey turut mendoakan adik kepada Bella Astillah itu dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki.
Saya harap Tuhan permudahkan semua urusan awak dari segi apa pun dan dilimpah ruahkan, dimurahkan rezeki.
Semoga awak dipanjangkan umur supaya awak boleh menemani saya sampai ke hari tua dan hembusan terakhir saya, I love you Didi Astillah.