Seorang wanita yang mengaku dirinya kekasih kepada pelakon sensasi, Aliff Aziz mendakwa aktres Ruhainies telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella Astillah.
Ruhainies ‘mastermind’?
Menerusi pendedahan di Instagram, wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendakwa dia mempunyai bukti perbualan perancangan yang dilakukan oleh Aliff dan Ruhainies.
Dakwanya, Ruhainies juga telah mengatur segala perkara termasuk mengupah peguam dan pengawal peribadi untuk memastikan Bella ‘tersungkur’.
Dalam pada itu, wanita berkenaan turut memohon maaf kepada Bella Astillah di atas khilafnya kerana menjadi kekasih gelap kepada Aliff sejak Januari lalu.
Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi topik bualan hangat wargamaya susulan kes ditangkap berkhalwat dengan aktor dan penyanyi, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu kota.
Dua selebriti itu kemudian menerima kecaman hebat orang ramai selepas mereka memuat naik sebuah kenyataan bagi menjelaskan kronologi sebenar yang berlaku.
Rentetan itu, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya. Bagaimanapun aktor itu enggan melafazkan talak dengan alasan masih sayang rumah tangga mereka.
Mahkamah kemudian menetapkan satu tarikh baharu bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk pasangan tersebut.