Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKekayaan Bersih Tahun 2024 Shah Rukh Khan Terbongkar! Mendahului Juhi Chawla, Hrithik...

    Kekayaan Bersih Tahun 2024 Shah Rukh Khan Terbongkar! Mendahului Juhi Chawla, Hrithik Roshan Dan Artis Lain

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semua pasti mengenali dengan individu bernama Shah Rukh Khan yang telah terlibat dalam dunia Bollywood selama lebih tiga dekad.

    Dari Deewana hingga Dunki, beliau telah menghiasi dunia pawagam dengan filem pelbagai cerita dan genre.

    Antara Individu Terkaya Di India

    Kekayaan bersih Shah Rukh Khan yang mengagumkan pada tahun 2024 telah mengukuhkan statusnya sebagai salah seorang individu terkaya dalam India.

    Dengan kekayaan lebih 4 bilion Ringgit Malaysia, pelakon Bollywood ini telah membuktikan kejayaannya tidak terhad kepada dunia perfileman semata-mata.

    Tahun lepas sahaja, SRK mempunyai nilai bersih yang dilaporkan sebanyak lebih 3 bilion Ringgit Malaysia.

    Kekayaan Shah Rukh yang semakin meningkat sebahagian besarnya datang daripada perniagaannya.

    Bukan Sekadar Lakonan

    via Mumbai Mirror

    Pemilikan beliau terhadap pasukan kriket Kolkata Knight Riders, juara IPL (Indian Premier League), dan syarikat penerbitan filemnya, Red Chillies Entertainment telah memainkan peranan penting dalam membina kekayaannya.

    Menurut Intepseleb, kedua-dua perniagaan ini merupakan penyumbang utama kepada kewangan Shah Rukh Khan yang meletakkannya sebagai orang India terkaya.

    Shah Rukh Khan juga telah mengatasi beberapa bintang Bollywood lain dalam Senarai Kaya ini, termasuk Juhi Chawla dan keluarganya, Hrithik Roshan, Amitabh Bachchan dan keluarganya dan Karan Johar.

    Dalam pada itu, dia juga mendapat kedudukan dalam senarai Forbes Top 10 pelakon berpendapatan tertinggi di India untuk 2024.

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts