Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKekayaan dan Kuasa Undang-Undang Menurut Ciapan AG Coco - 'Saya Tidak Gemar...

    Kekayaan dan Kuasa Undang-Undang Menurut Ciapan AG Coco – ‘Saya Tidak Gemar Melihat Spekulasi yang Kurang Baik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ag coco tweetag coco tweet

    Penerbit muzik dan anggota kumpulan Hujan, AG Coco sebelum ini dilihat lantang bersuara di platform X sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan warganet.

    Persepsi berbeza

    ag coco tweetag coco tweet

    Ketika ditemui AG Coco atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz menafikan dakwaan bahawa ciapan tersebut adalah berkaitan dengan kemelut yang sedang melanda vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh.

    Biasa lah tu. Itu masing-masing punya persepsi.

    Ramai orang kaya yang bermasalah, saya tak mahulah nak cakap siapa.

    AG Coco berkata demikian ketika ditemui di sidang media Showcase Jiwa Kacau 2.0 yang berlangsung di Star Boulevard, Kuala Lumpur pada Isnin.

    Dalam pada itu, komposer berusia 40 tahun tersebut menegaskan bahawa ciapan yang ditulis tidak ditujukan kepada sesiapa malah hanya meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu.

    Tapi saya tak suka tengok benda-benda tak elok dan suarakan perkara itu..tak ada spesifik dekat siapa-siapa. Saya nampak ramai yang macam tu.

    Terdahulu, bapa kepada seorang anak ini menzahirkan perasaan kurang senang terhadap golongan orang kaya yang mempunyai kuasa sehingga melakukan penganiayaan.

    Dalam perkembagan lain, kumpulan Hujan bersama Bunkface, Kugiran Masdo, Insomniacks, Luqman Podolski serta band dari Indonesia, Nidji bakal mengadakan Showcase Jiwa Kacau 2.0 pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts