Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKekecewaan Tilmiz Nabil & Tilmiz Taufiq: Lima Peserta Mara Ke Final Akademi...

    Kekecewaan Tilmiz Nabil & Tilmiz Taufiq: Lima Peserta Mara Ke Final Akademi Qurra’ 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    tilmiz nabil taufiqtilmiz nabil taufiq

    Separuh akhir Akademi Qurra’ 2024 yang bersiaran secara langsung di TV AlHijrah, pada Sabtu lalu menyaksikan Tilmiz Nabil dan Tilmiz Taufiq diumumkan sebagai dua nama yang tersingkir sekali gus melayakkan lima lagi peserta mara ke pentas akhir.

    Tajwid mesti sempurna

    5 finalis yang bakal berentap pada minggu akhir akademi qurra 20245 finalis yang bakal berentap pada minggu akhir akademi qurra 2024

    Peserta yang berjaya melangkah ke final ialah Tilmiz Luqman, Tilmiz Amnan, Tilmizah Sofea, Tilmizah Syahira dan Tilmizah Sholihah.

    Saingan separuh akhir menyaksikan kesemua peserta melakukan dua tugasan iaitu bacaan Al-Quran dan uji taranum.

    Menariknya, Anugerah Alunan Terindah diberikan kepada peserta Tilmiz Luqman sekali gus menyaksikan kejayaan kali keduanya bagi anugerah itu.

    Menurut juri jemputan, Ustazah Rahmas Abdullah yang juga juara Tilawah Kebangsaan sebanyak tujuh kali berharap kesemua finalis tidak putus semangat dan terus mencari nada suara yang betul dalam bacaan ayat suci Al-Quran.

    Kesemua peserta memiliki suara yang baik, cuma tenaga pengajar perlu mengajar teknik yang betul mengikut nada suara peserta. Bagi saya, setiap peserta perlu mencari alternatif bagaimana untuk ‘mencuit’ nada tertinggi dalam jawab-buljawab.

    Pada peringkat separuh akhir ini saya belum mengenal pasti peserta yang mencapai tahap terbaik. Mungkin atas faktor keseluruhan masa dan tekanan di atas pentas. Lagipun proses seperti ini memakan masa yang panjang, tapi mereka diberi masa yang singkat untuk berlatih.

    Tambah Rahmas, selain melagukan tarannum, bacaan juga perlu mempunyai kelunakan tanpa merosakkan tajwid dan sifat huruf.

    Pada peringkat akhir, setiap peserta perlu berpegang kepada tingkat suara dalam tarannum iaitu qoror, nawa, jawab dan jawab-buljawab.

    Selain itu, mereka juga perlu pandai mengolah lagu mengikut burdah-burdah yang ada dan mestilah ada kelunakan. Tajwid juga mesti sempurna dan sifat-sifat huruf dijaga serta dilontarkan dengan baik.

    Lebih bersemangat ke final

    Tilmizah Shahira mempersembahkan bacaan taranum mengikut tugasan yang telah diberikan oleh para juri semasa minggu separuh akhir AkademiTilmizah Shahira mempersembahkan bacaan taranum mengikut tugasan yang telah diberikan oleh para juri semasa minggu separuh akhir Akademi

    Sementara itu, Tilmizah Syahira bersyukur apabila berjaya meraih markah tertinggi pada peringkat separuh akhir Akademi Qurra’ 2024.

    Saya memang tidak sangka mendapat markah tertinggi kerana ketika latihan saya bukanlah yang terbaik. Apapun saya bersyukur dan anggap markah pada pentas separuh akhir ini sebagai motivasi untuk saya lakukan yang terbaik pada final.

    Menyentuh tentang tugasan untuk peringkat final, peserta akan melalui ujian tilawah, tadabbur dan duet tarannum bersama selebriti undangan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Hazeman Huzir Dedah Terima Lamaran Wanita Ajak ‘Bertaaruf’ – ‘Minta Stop Ini Dah Kali Ketiga’

    Selain itu, terdapat kejutan buat peminat program ini apabila pihak produksi bakal menjemput tiga qari dan qariah legenda untuk mengalunkan ayat suci al-Quran sebagai salah satu persembahan.

    Dihoskan oleh Raqib Majid, Akademi Qurra 2024 turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.

    Program yang ditayangkan pada setiap Sabtu jam 9 malam itu menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim serta dibantu oleh Ustazah Rahmas Abdullah selaku juri jemputan pada minggu separuh akhir lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts