Umum mengetahui penyanyi K-pop, B.I telah mementaskan konsert solo pertamanya di Malaysia yang berjudul B.I 2024 Tour ‘HYPE UP’ di Kuala Lumpur, anjuran Lo-Fi Entertainment, semalam, di Mega Star Arena, KL.
Tenaga yang luar biasa
Konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu ternyata berjaya memukau 3 ribu orang penonton yang hadir. Mana taknya, kelincahan B.I sewaktu menari hampir kesemua lagu sambil diiringi Padi DJ Show membuatkan semua penonton tak senang duduk sambil terlompat-lompat keriangan!
B.I membuka persembahannya dengan lagu Michelangelo diikuti Alive, One and Only, Waterfall, Illa Illa, Loved, Numb, 4 Letters, BTBT, Keep Me Up, Got It Like That, Remember Me & Dare To Love.
Persembahan B.I menjadi lebih bermakna apabila dia menampilkan artis di bawah syarikat rakamannya iaitu Leo sebagai penyanyi undangan konsert tersebut. Mereka berdua menyanyikan lagu Pretty Pizz. Sementara B.I menukar pakaian, Leo menghiburkan penonton dengan dua buah lagu iaitu Come Closer dan Farewell.
Bahang kehangantan Mega Star Arena semakin bertambah apabila B.I kembali meneruskan persembahan dengan lagu Tasty, To Die, TTM, Flmae, Lover, Born Hater, Smoke, Nineteen, Die For Love.
Sebelum mengakhiri persembahan, B.I dilihat turun dari pentas dan berjumpa dengan semua peminatnya. Ramai yang berpeluang merakam video dan foto bersama B.I sewaktu penyanyi tersebut berada di bawah.
B.I sempat mengusik beberapa orang peminatnya dan mengajak mereka untuk menari bersama di atas pentas. Lebih tersentuh, tayangan video khas daripada peminat buat B.I turut disiarkan pada waktu itu.
Di akhir slot persembahan, B.I menyanyikan beberapa buah lagu seperti All Shook Up, Beautiful Life, Cosmos, Encore Ment dan Re-Birth.