Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKelly Azman Bengang Lagu Ciptaanya Di ‘Claim’ Single Terbaru Erry Putra! “Ambik...

    Kelly Azman Bengang Lagu Ciptaanya Di ‘Claim’ Single Terbaru Erry Putra! “Ambik Hak Cipta Orang, Ibaratnya Macam…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi serba boleh terbaru, Kelly Azman, merasa marah apabila seorang rakan artis telah mengambil hak cipta lagunya.

    Lagu Yang Sama

    via Indigital Music

    Lagu No No No oleh Kelly Azman sebelum ini dilaporkan dinyanyikan semula oleh Erry Putra.

    Selain itu, pihak Erry Putra hanya menukar tajuk dan beberapa baris lirik sahaja, sementara melodi lagu diubah sedikit menjadi rock.

    Kelly Azman turut memuat naik hantaran di Tiktoknya untuk menjelaskan situasi tersebut.

    Dalam video tersebut, Kelly memaparkan beberapa klip video lagu yang dinyanyikan oleh Erry Putra yang dikatakan sama dengan lagunya.

    Berbincang Sebelum Mengeluarkan Lagu

    Jelas Kelly, lagu tersebut sama seperti lagu yang dicipta dan ditulis olehnya.

    Korang dan tengok kan, dah dengarkan lagu tu kan, sebijik macam lagu aku.

    Masalahnya Erry, kau bukan tak kenal aku, kau boleh jumpa aku je. Bincang. Minta kebenaran. Itu lagu aku. Kenapa kau ‘claim’ single terbaru kau? 

    Itu hak cipta aku. Aku pencipta dia, aku penulis lirik dia. Tapi tak boleh kau ‘claim’ itu single terbaru kau. Tak boleh!

    Kelly juga menyatakan bahawa sepatutnya pihak Erry Putra datang dan berjumpa dengannya serta berbincang serta minta kebenaran.

    Cuba Menghubungi Erry Putra

    via TikTok Kelly Azman

    Kelly turut merasa pelik apabila Erry Putra telah memaklumkan bahawa lagu tersebut adalah lagu ‘single’ terbarunya sedangkan lagu No No No nyanyian Kelly telah lama dikeluarkan pada tahun 2016.

    Mengenai perkara ini, pihak Kelly telah berusaha untuk menghubungi Erry Putra tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas.

    Kelly juga memilih untuk tidak membesarkan isu ini kepada pihak berkuasa dan hanya berharap agar pihak yang menciplak karyanya tampil untuk berbincang bagi menyelesaikan kes.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts