Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKeluar Dari Zon Selesa, Afif Tirmizie Teruja Nyanyi OST Drama Aksi ‘Polis...

    Keluar Dari Zon Selesa, Afif Tirmizie Teruja Nyanyi OST Drama Aksi ‘Polis Peronda’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi berbakat Ahmad Alif Afif Tirmizie atau lebih dikenali dengan gelaran Afif, teruja dengan buah tangan terbaharunya Wira Peronda yang merupakan single pertama beliau bersama Alternate Records.

    Runut bunyi Wira Peronda

    Afif menganggap tawaran ini sebagai peluang yang dinanti untuk beliau melebarkan sayap dalam bidang nyanyiannya melalui penghasilan lagu runut bunyi (OST) drama aksi kepolisan terbaharu ‘Polis Peronda’ yang sedang hangat ditayangkan di TV3.

    Drama ini telah mula ditayangkan sepanjang lima episod bermula 28 Jun 2024, setiap Jumaat jam 10.00 malam dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton.

    Lagu runut bunyi Wira Peronda yang dinyanyikan Afif turut memainkan peranan penting dalam menambahkan lagi kesan dramatik dan emosi dalam setiap episod drama tersebut. Afif  melahirkan rasa teruja dan bangga kerana dapat terlibat dalam projek ini.

    Saya amat terharu kerana diberi peluang untuk menyumbangkan suara saya dalam drama hebat ini. Saya berharap lagu ini dapat menyentuh hati penonton dan memberikan kesan mendalam.

    Beliau juga meluahkan perasaan bercampur baur apabila mengetahui bahawa lagu tersebut merupakan OST drama daripada Skop Production.

    Agak gementar juga kerana saya tidak pernah menyanyikan lagu berentak seperti ini, kata Afif. Sesi rakaman lagu hanya mengambil masa dua jam dan ini adalah kali pertama beliau bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.

    Afif menyifatkan pengalaman ini sangat menyeronokkan kerana kedua-dua komposer tersebut sangat profesional dan santai.

    Jika diberi peluang, saya memang ingin bekerjasama lagi.

    Walaupun dikenali dengan lagu berentak Hip Hop dan balada, Afif menganggap cabaran menyanyikan lagu Wira Peronda ini sebagai satu kelainan apabila beliau melangkah keluar dari zon selesanya.

    Ini suatu cabaran baharu buat saya kerana perlu menyanyikan genre yang berlainan daripada kebiasaan saya iaitu genre Hip Hop atau Balada. Walaubagaimanapun, peluang ini akan memberikan ruang untuk saya menonjolkan kelainan dari segi vokal kerana para peminat tidak pernah mendengar saya menyampaikan lagu bergenre Pop Rock.

    Gabungan muzik yang mendalam dan lirik yang penuh makna menjadikan lagu ini sebagai salah satu karya terbaik saya dalam industri.

    Beliau juga berharap peminat akan terus mendengar lagu ini kerana ia mempunyai mesej yang sangat bagus, penuh semangat dan keberanian selaras dengan tema drama yang mengangkat kisah para anggota polis peronda yang berdedikasi.

    Semoga pendengar dapat menerima apabila saya menyanyikan melodi seperti ini kerana ia merupakan sesuatu yang baru untuk saya. Teruskanlah menyokong karier saya dalam industri,katanya lagi.

    Menurut Ikhwan Fatana, dia mula mengarang lirik dan melodi lagu ini bersama Wan Salleh apabila menerima permintaan dari  pihak Alternate Records tentang drama Polis Peronda.

    Dari situ, saya mula merangka lirik dan menghasilkan melodi lagu bersama Wan Salleh di studio. Proses pembikinan lagu ini mengambil masa hanya dua minggu,kata Ikhwan.

    Beliau juga memuji vokal mantap Afif yang memudahkan kerjasama dan mempercepatkan proses rakaman lagu.

    Afif sentiasa ada idea menarik dan vokalnya yang tersendiri menjadikan lagu ini unik, tambah Ikhwan.

    Ikhwan berharap Wira Peronda dapat menghiburkan semua lapisan masyarakat dan memperkenalkan unit peronda Polis Diraja Malaysia.

    Saya berharap agar lagu ini berjaya melekat di ingatan pendengar yang menonton drama ini.  Wajib dengar kalau tak kena saman, gurau Ikhwan.

    Drama Polis Peronda telah menarik perhatian ramai dengan cerita yang mengisahkan perjuangan dan pengorbanan anggota polis dalam menegakkan keadilan.

    ALSO READ:  BTS V Meningkatkan Berat Badan Sebanyak 10kg Selepas Menyertai Tentera, Peminat Puji Penampilannya yang Lebih Sado dan Menawan!

    Lagu Wira Peronda yang membawa mesej tentang kewibawaan dan kredibiliti pasukan unit peronda menggambarkan visi dan misi Polis Peronda yang digarapkan dalam OST drama tersebut dan berjaya memberikan kesan emosi yang kuat dalam setiap babak penting drama ini.

    Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Wira Peronda nyanyian Afif Tirmizie yang telah mula bergema di pelbagai aplikasi dan platform penstriman dalam talian.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts