Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKeluarga Syamsul Yusof Belikan Rumah Baharu Buat Puteri Sarah? Ini Pengakuan Jujur...

    Keluarga Syamsul Yusof Belikan Rumah Baharu Buat Puteri Sarah? Ini Pengakuan Jujur “Bekas” Menantu Datuk Yusof Haslam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiap individu memiliki situasi kehidupan yang berbeza satu sama lain. Ada yang sedang menikmati kesenangan pada masa ini, manakala ada yang berdepan dengan kesusahan hidup sekarang.

    Tetapi menurut al-Quran, salah satu ciri orang yang bertakwa adalah yang sentiasa berbuat ihsan dalam kehidupan seharian. Jika diperhatikan dalam al-Quran, terdapat lima dari enam belas kali ayat yang mengandungi kalimah ‘Allah mencintai’ disandarkan kepada orang-orang yang berbuat ihsan iaitu muhsinin.

    Kehidupan di dunia ini memang dipenuhi dengan kesenangan dan kesukaran. Tidak ada siapa pun yang hidupnya senang sepanjang masa.

    Namun, kita perlu menjauh daripada menjadi orang yang mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain semata-mata untuk memenuhi keperluan diri sendiri.

    Berbincang mengenai perkara ini, pelakon Puteri Sarah baru-baru ini menepis dakwaan bahawa rumah baru yang dibelinya merupakan pemberian daripada keluarga mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

    Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, menegaskan bahawa rumah tersebut dibeli dengan duit yang diusahakan sendiri.

    “Kenapa mereka nak belikan saya rumah? Mereka sudah tiada kena-mengena dengan saya lagi.

    “Saya beli dengan duit sendiri. Saya kerja, ada duit sendiri kenapa hendak harapkan orang.

    “Siapa yang membuat gosip itu? Tak baik ya, sebab saya penat kerja siang malam, tidur tak cukup, makan tak kenyang dan mandi tidak basah,” katanya dalam siaran langsung TikTok.

    Sementara itu, Sarah yang merupakan pelakon drama Suri Hati juga menyatakan bahawa dia sedang mencari kediaman bertanah (landed) yang berdekatan dengan rumah keluarganya.

    “Sekarang saya duduk di kondominum tapi dalam masa sama nak cari rumah ‘landed’ , yang mempunyai pengawal keselamatan dan berpagar.

    “Saya pindah ke rumah yang leibh besar, selesa. Ada rezeki lebih sikit dan memang nak bahagiakan anak anak.

    “Saya hendak mencari rumah yang dekat dengan kediaman ibu saya sebab kadang kala pergi balik lambat dan ibu yang selalu tolong ambil dan hantar anak-anak ke sekolah,” ujarnya.

    Sebelum ini, Sarah telah bercerai dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof, pada 13 Jun tahun lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Rossa Sebak Dengar Ucapan “Kasih Sayang” Dari Anaknya, Raih Perhatian Ramai!

    Walaupun sudah berpisah, hubungannya dengan keluarga bekas mentua masih kekal baik sehingga hari ini.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts