Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKemalangan 6 Beranak! Netizen Mohon Hormat Perasaan Keluarga Mangsa, Elak Bertanyakan Soalan...

    Kemalangan 6 Beranak! Netizen Mohon Hormat Perasaan Keluarga Mangsa, Elak Bertanyakan Soalan Bertalu-Talu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada sebelum ini, negara kita telah menerima berita yang menyedihkan apabila berlaku kemalangan yang mengakibatkan enam sekeluarga maut dan dua parah di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September 2023.

    Kemalangan 6 Beranak

    Menurut BHOnline, kemalangan tersebut berpunca daripada sebuah lori pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.

    Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata mereka yang maut akibat parah di kepala ialah pemandu PERODUA Alza, Amir Ruddin Ismail, 46; isterinya, Norahimah Noor Muhamad, 43; anaknya Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

    Katanya, seorang lagi anak Amir Ruddin yang juga penumpang kereta sama, Abdullah,15, dan pemandu lori sedang dirawat di Hospital Segamat akibat parah di dada dan badan.

    Video Viral Di Platform Media

    via Majoriti

    Berikutan tragedi ini, banyak kisah disebarkan di media sosial dan ucapan takziah diberikan kepada keluarga mangsa.

    Terdapat satu video di Instagram yang menunjukkan individu yang mengemukakan soalan kepada anak sulong mangsa kemalangan semasa hari jenazah diadakan.

    Pada sesi temu bual tersebut, mereka bertanyakan beberapa soalan kepada anak mangsa tentang peristiwa yang menimpa keluarga mangsa.

    Netizen Luah Rasa Kecewa

    via Kosmo Online

    Video tersebut menerima pelbagai respons daripada netizen. Kebanyakkannya rasa kecewa dengan cara pihak tersebut bertanya kepada anak keluarga mangsa yang baru menyaksikan kehilangan 6 anggota keluarga sekaligus.

    Bahkan ada netizen yang memberikan nasihat supaya pihak tersebut memberi ruang dan menghormati anak mangsa kemalangan tersebut untuk lebih tenang sebelum diwawancara.

    Kita harus lebih memahami perasaan sesama manusia dan juga realiti yang berlaku di sekeliling kita.

    Selamat mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts