Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKemalangan Ketika Bercuti Di Krabi, Afieq Shazwan Terus Pulang Ke Kuala Lumpur!

    Kemalangan Ketika Bercuti Di Krabi, Afieq Shazwan Terus Pulang Ke Kuala Lumpur!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini satu hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan mendapat perhatian rakan-rakan artis dan netizen.

    Memuat Naik Hantaran Di Media Sosial

    via Instagram Afieq Shazwan

    Afieq ada memuat naik status di Instagram story miliknya dengan menyatakan bahawa die terpaksa bergegas pulang ke Malaysia selepas terlibat kemalangan sewaktu tiba di Krabi, Thailand pada Rabu lalu.

    Menurut Afieq dia memutuskan untuk membatalkan percutian dan pulang ke Kuala Lumpur disebabkan kecederaan serta luka pada bahagian wajah, tangan dan kaki.

    Dalam Keadaan Baik

    Penyanyi itu bagaimanapun memaklumkan dia berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan parah.

    Sebuah tragedi di Krabi telah berlaku beberapa hari lepas tetapi Alhamdulillah syukur tiada apa yang serius Insya Allah.

    Jadi saya ambil keputusan untuk terus balik sebab banyak pula luka pada badan. Pulang saja semalam saya terus ke klinik.

    Menerusi perkongsian berkenaan, Afieq turut memuat naik foto menunjukkan kesan luka yang terdapat pada bahagian wajah dan beberapa anggota tubuhnya.

    Terus Pulang Ke Kuala Lumpur

    via Instagram Afieq Shazwan

    Kata Afieq, pada mulanya dia terpaksa terus pulang ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu punca sebenar kerana tidak mahu ahli keluarganya bimbang.

    Namun akhirnya dia akur dan berkongsi kisah sebenar dan memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana tidak dapat meneruskan percutian.

    Ramai yang bertanya kenapa saya fly mengejut semalam (Khamis).

    Tapi serba salah nak beritahu sebab tak mahu keluarga risau.

    Namun bila dah selamat sampai ke rumah rasanya saya perlu juga beritahu semua.

    Maaf kerana saya mungkin terjejas sedikit percutian kita. InsyaAllah nanti dah baik kita (rakan-rakan) berjumpa lagi. Have a safe trip balik nanti

    Melihat diruangan komen, bukan sahaja netizen, rakan-rakan artis juga turut mendoakan agar Afieq cepat sembuh seperti sediakala.

    ALSO READ:  Kemelut Hubungan MK & Tuju Terjawab? Peminat Terkejut – “Serius Lah Gabung Semula..”

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts