Sebelum ini kecoh di media sosial apabila pelakon terkenal Korea Selatan, yang merupakan bintang filem Parasite, Lee Sun-kyun disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui mati di tempat letak kereta yang terletak di sebuah taman.
Meninggalkan Sepucuk Surat
Menurut VNExpress, Lee Sun-kyun sempat meninggalkan sepucuk surat kepada isterinya sebelum menghilangkan diri dan ditemui sudah tidak bernyawa pada Rabu lepas.
Pelakon Jeon Hye Jin mendedahkan isi kandungan surat itu menyebut Sun Jyun sudah tidak mampu menanggung beban selain menghabiskan nyawa adalah satu-satunya cara menyelesaikan semua masalah dihadapi.
Tekanan Dan Bebanan Kewangan
Tindakan tersebut dipercayai merujuk kepada beban kewangan terpaksa ditanggung selepas semua iklan dan tawaran lakonan diterimanya dibatalkan susulan dakwaan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Dalam pada itu, Hye Jin memberitahu sebaik sahaja membaca surat tersebut, dia terus membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya kerana bimbang sesuatu akan berlaku kepadanya.
Didakwa Menjadi ‘Kambing Hitam’
Menurut Astro Awani, media turut melaporkan Sun Kyun yang sedang berdepan dengan penyiasatan kes penyalahgunaan dadah.
Dia juga didakwa menjadi ‘kambing hitam’ skandal yang mengaitkan beberapa individu berpengaruh termasuk pengurus terkenal dunia hiburan tempatan bernama Kim.
Kenyataan tersebut bagaimanapun menerima pro dan kontra, malah pihak berkuasa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dengan menyifatkan penyiasatan yang dijalankan mengikut prosedur seperti biasa.
Sementara itu pihak agensi memaklumkan jasad Sun Kyun dibakar pada Jumaat di Buan-gun, North Jeolla Province dengan dihadiri keluarga dan dijalankan secara tertutup.