Kes kematian Muhammad Nidza Afham diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Hasil bedah siasat
Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.
Punca kematian ‘pending laboratory investigation’ dan lain-lain kecederaan fizikal tiada.
Siasatan diteruskan sebagai SDR.
Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar tampil menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, Nidza Afham dilaporkan hilang pada 7.45 malam Selasa selepas keluar berjoging di Stadium Sulaiman.
Mayat pemuda berusia 23 tahun itu kemudian ditemui pemancing kira-kira pukul 7 malam Rabu iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi dilaporkan hilang di Jambatan Kota, Klang.
Mayatnya kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Majis Puncak Alam bagi urusan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam.