Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKembalinya Aktivitas Cupcake Aisyah di Youtube, Pertanyaan Netizen tentang 'Nana'

    Kembalinya Aktivitas Cupcake Aisyah di Youtube, Pertanyaan Netizen tentang ‘Nana’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nama pempengaruh Cupcake Aisyah, menjadi tumpuan netizen selepas dia kembali aktif melakukan konten di Youtube.

    Tak kawan dengan Nana?

    Menerusi pemerhatian pihak rata-rata pengikut Aisyah di media sosial meluahkan rasa gembira apabila wanita berusia 24 tahun itu kembali aktif di media sosial dan Youtube selepas mengambil sedikit masa untuk berehat berikutan kontroversi yang melanda dirinya pada awal tahun ini.

    Di sebalik kegembiraan melihat Aisyah kembali aktif melakukan konten, segelintir netizen mula mempersoalkan mengenai hubungan Aisyah dengan sahabat baiknya iaitu Nana.

    Menurut dakwaan netizen, Nana sudah lama tidak wujud dalam konten Aisyah bahkan, mereka tidak lagi memuat naik foto bersama di media sosial sejak kebelakangan ini.

    Setakat ini, Aisyah dan Nana masih mengikuti (following) antara satu sama lain di Instagram. Hasil tinjauan juga, Nana kelihatan sibuk bersama rakan-rakannya yang lain manakala, Aisyah dilihat selalu bersama keluarga.

    Walaupun Aisyah belum memberi penjelasan dan menjawab pertanyaan netizen mengenai hal tersebut, berharap hubungan di antara mereka berdua baik-baik sahaja.

    Terdahulu, Aisyah didakwa telah merampas bekas teman lelaki kepada seorang lagi pempengaruh terkenal yang juga merupakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, iaitu Kasih Iris Leona.

    Susulan daripada itu, Aisyah tampil dan menafikan bahawa diaย pernah menjalin hubungan istimewa dengan lelaki tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time ๐Ÿš€

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts