Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“KEMBARA KIMCHI”, Perkenal Malaysia Di Mata Pelancong Korea

    “KEMBARA KIMCHI”, Perkenal Malaysia Di Mata Pelancong Korea

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peluang terbaik bagi memperkenalkan destinasi menarik, budaya setempat dan aktiviti unik rakyat Malaysia kepada pelancong luar dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam travelog terbaharu, “Kembara Kimchi” yang disiarkan mulai 17 Februari ini, setiap Sabtu, pukul 5.00 petang di Okey.

    Gandingan Hos Dari Dua Negara

    via Foodblog

    Memperkenalkan Zalif sebagai hos bergandingan dengan Junny, rakyat Korea yang bersama-sama memulakan lokasi pengembaraannya yang pertama ke Sekinchan, Selangor.

    Mereka merasa masakan popular di Sekinchan iaitu Nasi Ambeng manakala Junny berkongsi masakan yang sama dinegaranya iaitu Bimbimbap.

    Di samping itu, Zalif cuba memahami bahasa Korea dari Junny. Junny teruja melihat panorama bendang dan Rumah Burung Hantu. Aktiviti mencabar dicuba mereka di sini iaitu mencuci dan mencari mentarang.

    Zalif dan Junny meneruskan pengembaraannya dengan mencuba makanan dan juga aktiviti di Kuala Kangsar, Perak, Pulau Pinang, dan seterusnya ke Perlis.

    Permulaan Pengambaraan Di Negeri Utara

    Pengembaraan mereka sampai di Negeri Kedah. Makanan Popular dikongsikan Laksa Kedah, menikmati panorama persekitaran Tanjung Dawai, Jeti Tanjung Dawai dan Pantai Tanjung Ru, permainan rakyat baling kerang juga melakukan aktiviti masyarakat Pembuatan Ikan Masin dan keropok.

    Kunjungan mereka tiba di Kelantan dengan aktiviti makan-makan Nasi Kerabu; panorama persekitaran bandar Kota Baharu dan sekitar kampung; kebudayaan Wayang Kulit dan Alat Muzik Tradisional Kelantan serta mempelajari dialek Kelantan juga mencuba aktiviti Pembuatan Batik.

    Akhiri Dengan Pengambaran Ke Pantai Timur

    via ECDC

    Zalif dan Junny meneruskan pengembaraannya ke Negeri Terengganu menikmati makanan Popular Singgang Budu; Panorama Persekitaran Bandar Kuala Terengganu dan Sekitar Sungai Terengganu; Kebudayaan Proses Tenunan Songket dan mempelajari dialek Terengganu; juga mencuba aktiviti menghasilkan Butik Songket Terengganu serta menaiki Pengangkutan Air Bot Penambang.

    ALSO READ:  Pernah Berdoa Enggan Lagi Hidup Diulit Populariti, Mawi Pernah Dikawal Ketat 40 Bodyguard Zaman “Tsumawi”

    Ikuti juga perkongsian mereka singgah beberapa lokasi berbeza di Pahang, Johor dan Kuala Lumpur yang sememangnya mahu diperkenalkan kepada Junny.

    RTM turut memberikan peluang kepada anda yang tidak berkesempatan menyaksikan menerusi saluran TV untuk mengikuti penstriman langsung secara percuma menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts