Dalam dunia muzik, kehadiran elemen kontroversi sering kali menjadi bahan pembicaraan yang hangat di kalangan peminat. Baru-baru ini, kisah tentang kemunculan MK dan Tuju dalam muzik video telah mencetuskan perhatian yang luar biasa, terutama setelah beberapa kali desas-desus mengenai konflik di antara mereka.
Kedua-dua artis ini dikenali kerana bakat mereka yang unik dan kemampuan untuk mencipta muzik yang menyentuh perasaan. Namun, ada dakwaan hubungan mereka kelihatan semakin tegang, dengan berita mengenai pertengkaran dan ketidaksetujuan berlegar di kalangan peminat.
Peminat muzik kedua-dua MK dan Tuju telah mengekspresikan rasa tidak sabar mereka melalui media sosial dan platform digital. Video teaser bagi video muzik ‘Risiko’ telah didedahkan buat pertama kalinya oleh sebuah syarikat produksi, Twntytwo Degree. Ia mencapai lebih 1 juta tontonan dalam masa sehari.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat kelima-lima orang penyanyi rap ini meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton video penuh lagu ‘Risiko’ ini yang khabarnya akan disiarkan pada 22 Februari nanti.
Menurut penerbit dan juga komposer lagu ini, Kinggolddigga berkata pihak Twntytwo Degree ada sebab tersendiri memilih tarikh 22 Februari untuk melancarkan video muzik dan single ‘Risiko’.
“Kami memilih 22 Februari adalah bersesuaian dan bertepatan dengan nama Twntytwo Degree. Single ini adalah buah tangan pertama dari syarikat produksi kami yang masih baru. Insyaallah, untuk single pada masa akan datang juga akan dilancarkan pada tanggal 22 haribulan,”
“Idea di sebalik pembikinan lagu ini mula direncanakan sekitar bulan Ogos tahun lepas lagi. Kolaborasi ini terhasil secara spontan. Idea untuk menggabungkan mereka juga datang secara tiba-tiba,”
“Kelima-lima penyanyi ini dipilih kerana mereka adalah idola kebanyakan remaja di Sabah termasuklah saya,” ujar Kinggoldigga.
Difahamkan pengambaran video muzik ‘Risiko’ diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan mengambil masa selama dua hari sahaja untuk disiapkan.
Lagu ‘Risiko’ ini menceritakan tentang setiap orang punya cerita hidupnya sendiri yang unik, dan cara mereka mencapai puncak atau kejayaan juga berbeza-beza. Ada yang merancang setiap langkahnya dengan teliti dan berusaha keras mencapai matlamatnya. Tapi ada juga yang menghadapi rintangan dan cabaran yang tak disangka, tapi pengalaman itu membuat mereka lebih kuat.
Nantikan video muzik penuh pada 22 Febru