Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 3, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKempen KWSP Turun Padang: Santai, Interaktif, & Penuh Manfaat!

    Kempen KWSP Turun Padang: Santai, Interaktif, & Penuh Manfaat!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bila cerita pasal simpanan kewangan, mesti ada yang terus rasa pening. Tapi sebenarnya, dengan ilmu yang betul, nak urus kewangan ni boleh jadi mudah dan menyeronokkan! 

    Itulah matlamat utama #KWSPTurunPadang. 

    Melalui usaha ini, KWSP nak pastikan rakyat Malaysia dapat ilmu kewangan yang mudah difahami dan dipraktikkan. Nak tahu apa yang KWSP buat tahun ni? Jom baca!

    KWSP Jelajah 5 Lokasi Utama

    Untuk pastikan semua orang dapat manfaat, KWSP dah turun padang ke lima lokasi utama iaitu:

    • Kuching
    • Melaka
    • Terengganu
    • Pulau Pinang
    • Kota Kinabalu

    Apa yang menarik, pasukan KWSP sendiri yang turun padang untuk berkongsi ilmu dalam menyampaikan khidmat nasihat kewangan dan mendekati komuniti setempat. 

    Memang best tau sebab mereka memang komited nak pastikan seramai mungkin dapat belajar ilmu kewangan ni.  

    Perkhidmatan nasihat kewangan eksklusif

    Buat korang yang perlukan panduan kewangan, KWSP menyediakan  Relationship and Advisory (RA) Services.

    Perkhidmatan ini membantu ahli membuat keputusan kewangan lebih bijak, merancang persaraan dengan lebih baik  dan juga menguruskan simpanan untuk masa depan yang lebih selesa. Menarik kan?

    Aktiviti interaktif dan booth yang meriah!

    Setiap kali KWSP turun padang, booth mereka pasti jadi tumpuan ramai! Ada banyak aktiviti menarik yang bukan saja interaktif, tapi penuh informasi dalam suasana santai.

    Selain itu, korang juga boleh mendapatkan nasihat terus daripada pegawai RA KWSP.

    Nak tahu cara nak mula menabung atau nak tahu lebih lanjut tentang akaun KWSP? Segala informasi boleh didapatkan di bawah satu bumbung!

    Tahap literasi kewangan di Malaysia

    KWSP juga menekankan pentingnya meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Berdasarkan data dan wawancara terkini, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk merapatkan  jurang pengetahuan kewangan.

    ALSO READ:  “Terima Kasih Kerana Berani Menerima Cinta Daripada Lelaki Yang….”-Adam Sinclair

    Sehubungan dengan itu, KWSP terus memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran dan mendidik masyarakat.

    Komitmen KWSP untuk masa depan persaraan korang! 

    Kempen #KWSPTurunPadang ni hanyalah salah satu langkah KWSP untuk bantu korang. 

    Misi mereka? Didik rakyat Malaysia supaya simpan, guna dan rancang kewangan dengan lebih baik untuk masa depan. 

    Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sertai aktiviti KWSP yang akan datang! Ayuh ikuti KWSP di Facebook dan juga Instagram untuk maklumat terkini tentang program dan aktiviti menarik mereka!

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts