Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKemunculan Pertama Afif Tirmizie Dalam Genre Baharu: Lagu Runut Bunyi Drama Aksi...

    Kemunculan Pertama Afif Tirmizie Dalam Genre Baharu: Lagu Runut Bunyi Drama Aksi Kepolisan Terbaharu Di TV3

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi berbakat Ahmad Alif Afif Tirmizie atau lebih dikenali dengan gelaran Afif, teruja dengan buah tangan terbaharunya Wira Peronda yang merupakan single pertama beliau bersama Alternate Records.

    Peluang Yang Dinantikan

    Afif menganggap tawaran ini sebagai peluang yang dinanti untuk beliau melebarkan sayap dalam bidang nyanyiannya melalui penghasilan lagu runut bunyi (OST) drama aksi kepolisan terbaharu ‘Polis Peronda’ yang sedang hangat ditayangkan di TV3.

    Lagu runut bunyi Wira Peronda yang dinyanyikan Afif turut memainkan peranan penting dalam menambahkan lagi kesan dramatik dan emosi dalam setiap episod drama tersebut.  Afif  melahirkan rasa teruja dan bangga kerana dapat terlibat dalam projek ini.

    Beliau juga  meluahkan perasaan bercampur baur apabila mengetahui bahawa lagu tersebut merupakan OST drama daripada Skop Production.

    Keluar Dari Zon Selesa

    via Media Prima

    Walaupun dikenali dengan lagu berentak Hip Hop dan balada, Afif menganggap cabaran menyanyikan lagu Wira Peronda ini sebagai satu kelainan apabila beliau melangkah keluar dari zon selesanya.

    Beliau juga berharap peminat akan terus mendengar lagu ini kerana ia mempunyai mesej yang sangat bagus, penuh semangat dan keberanian selaras dengan tema drama yang mengangkat kisah para anggota polis peronda yang berdedikasi.

    Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Wira Peronda nyanyian Afif Tirmizie yang telah mula bergema di pelbagai aplikasi dan platform penstriman dalam talian.

    Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts