Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKemunculan ‘Showcase’ Sulung Puteri Khareeza! Bakal Menarik Lebih 500 Peminat Setia

    Kemunculan ‘Showcase’ Sulung Puteri Khareeza! Bakal Menarik Lebih 500 Peminat Setia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas mencipta nama dalam dunia muzik dan mencuri hati penonton di layar televisyen, kini saatnya penyanyi dan pelakon versatil, Puteri Khareeza, memukau penggemar muzik dan suaranya melalui showcase solo pertamanya, ‘Sebenar’.

    Sangat Teruja

    via Alternate Records & Talents

    Puteri Khareeza tidak dapat menyembunyikan keterujaannya mengenai showcase sulungnya ini, dan  berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik buat semua peminat yang hadir.

    Showcase ‘Sebenar’ bukan sahaja menjadi platform untuk mempamerkan bakat nyanyian, tetapi juga memberi peluang kepada peminat untuk mengenali lebih dekat sosok Puteri Khareeza yang sebenar dan meraikan perjalanan seni Puteri Khareeza dalam industri hiburan.

    Lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah gabungan lagu-lagu popular dan beberapa lagu baharu yang pastinya membuat peminat  teruja.

    Proses pemilihan lagu dibuat dengan teliti untuk memenuhi citarasa peminat dan menonjolkan keunikan vokalnya.

    Menarik 500 Peminat Setia

    via Alternate Records & Talents

    Antara lagu-lagu yang bakal disampaikan termasuk “Sebenar”, “Sakitnya Hati”, “Duka Di Sebalik Tawa”, “Sinaran”, dan banyak lagi.

    Showcase ini dijangka dapat menarik kira-kira 500 orang peminat setia, yang juga akan dimeriahkan dengan persembahan kolaborasi istimewa bersama artis jemputan seperti Haris Fayahet, Zazo Maulana, Maria Khairul (alumni Lagu Cinta Kita 3) dan Adi dari kumpulan Venus.

    Showcase ‘Sebenar’ adalah peluang terbesar untuk Puteri menonjolkan bakatnya  dan merupakan bukti kerja kerasnya dalam mencapai impian serta meninggalkan impak dalam dunia hiburan tempatan.

    Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Puteri Khareeza ‘Sebenar’ Showcase secara langsung di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 16 November 2024.

    Jom sama-sama kita ‘healing’ bersama Puteri Khareeza dengan alunan muzik yang meraikan satu peristiwa penting dalam karier Puteri.

    Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

    ALSO READ:  [VIDEO] Adira Tetap Sokong Usaha Datuk Red – ‘Dia Berani & Mahu Berubah’

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts