Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKena ‘Blacklist’ Selama 3 Tahun, Shah Rukh Khan Mengamuk Di Perlawanan Kriket...

    Kena ‘Blacklist’ Selama 3 Tahun, Shah Rukh Khan Mengamuk Di Perlawanan Kriket Gara-Gara…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sekiranya kamu tidak tahu, SRK pernah dilaporkan bertengkar dengan kakitangan dan pengawal keselamatan di sebuah perlawan kriket di Mumbai.

    Sekadar info, SRK memiliki pasukan kriket yang bernama Kolkata Knight Riders (KKR). Tak kira sama ada pasukannya kalah atau menang, dia sentiasa hadir memberi sokongan pada setiap perlawanan.

    View this post on Instagram

    A post shared by Kolkata Knight Riders (@kkriders)

    Pada tahun 2012, SRK telah dilarang daripada memasuki Stadium Wankhede, Mumbai selama 5 tahun selepas terlibat dalam pentengkaran dengan kakitangan dan juga pengawal keselamatan.

    Kejadian ini telah mencetuskan kontroversi sehingga larangan tersebut ditarik balik menjadi larangan selama 3 tahun. Kongsi SRK, pada awalnya pertengkaran itu hanyalah kecil tetapi ia menjadi besar selepas ada yang menggunakan agama.

    View this post on Instagram

    A post shared by Kolkata Knight Riders (@kkriders)

    SRK ketika itu berasa sangat kecewa tetapi dia teringatkan anak-anaknya (KKR) berada di situ dan dia bimbang mereka mungkin dibuang daripada perlawanan itu.

    “Ya saya sangat marah dan berasa jengkel. Anak-anak saya ada di sana dan saya fikir seseorang… Mungkin mereka ada peraturan. Saya beritahu dia, ini anak saya dan saya akan ambil mereka. Saya hanya cakap begini.”

    View this post on Instagram

    A post shared by Kolkata Knight Riders (@kkriders)

    Kemudiannya SRK menceritakan bagaimana individu tersebut menggunakan kata-kata kesan dan agama dalam pergaduhan tersebut. SRK rasa sangat marah sehingga mahu membelasah individu itu.

    “Di sana ada yang mengeluarkan kata-kata yang saya akui, sangat kurang ajar. Perkataan yang sama dalam bahasa Marathi juga kasar. Menggunakan agama, ia sangat salah. Saya hilang sabar hingga rasa mahu memukulnya!”

    Apa pendapat kamu?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts