Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKenakan Caj Pengurusan Terlalu Tinggi, Lagi Jenazah Islam Ditahan Sebab Tak Cukup...

    Kenakan Caj Pengurusan Terlalu Tinggi, Lagi Jenazah Islam Ditahan Sebab Tak Cukup Duit

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kisah tragis seorang bayi lelaki yang ditemukan meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan, disimpan sehingga membeku.

    Tetapi, belum pun reda kes itu, timbul pula satu pendedahan yang lebih mengejutkan tentang sebuah kes jenazah wanita yang ditahan hampir 24 jam semata-mata kerana si suami kekurangan wang.

    Pendedahan tersebut datangnya daripada Facebook Mr Wan Cai Official yang menceritakan mengenai “kartel jenazah” yang dilihat seolah-olah mengambil kesempatan dalam keadaan terdesak.

    Menurut perkongsian tersebut, sepasang suami isteri yang baru sahaja memeluk agama Islam (mualaf) dan berstatus asnaf, berdepan situasi yang sangat malang. Si suami pula merupakan OKU, jadi bayangkan betapa sukarnya keadaan mereka ketika itu.

    Kisahnya bermula pada 12 November lalu, apabila seorang wanita disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Ampang, dengan bil hospital mencecah RM5,500. Bagaimanapun, pihak hospital memberi kebenaran untuk bayar kemudian dan menyuruh waris menguruskan jenazah terlebih dahulu.

    Secara tiba-tiba, muncul dua individu yang mendakwa mereka dihubungi oleh pihak hospital untuk menawarkan khidmat pengurusan jenazah.

    Van jenazah sudah siap, dan harga yang ditawarkan untuk pengurusan jenazah pada mulanya adalah RM500. Si suami arwah pun setuju, dan jenazah dibawa ke masjid untuk proses mandi dan kafan.

    Namun, seperti drama meleret yang tak disangka, harga yang pada mulanya RM500 tiba-tiba meningkat kepada RM2,000. Seram sejuk, bila harga urusan jenazah pun boleh ‘naik’ macam harga barang pasar malam, ya?

    Kisah ini semakin menyayat hati apabila jenazah wanita tersebut “ditahan” di hospital tanpa sebarang belas kasihan, semata-mata kerana si suami tidak mampu membayar jumlah yang diminta.

    ALSO READ:  “Baby Bump” Nabila Razali “Obvious”, Peminat Tunggu Pengakuan Rasmi Tuan Badan Tentang Kehamilan

    Kasihan sungguh, jenazah si isteri terpaksa menunggu semalam suntuk hanya kerana harga pengurusan jenazah yang melambung tinggi.

    Tapi, ada sedikit sinar harapan apabila pasukan sukarelawan daripada Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih tampil membantu. Mereka dengan penuh keprihatinan akhirnya membantu mengebumikan jenazah wanita itu di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudatul Sakinah Kuala Lumpur – Karak pada Jumaat lalu.

    Kalau dilihat dari luar, kisah ini memang membuatkan kita rasa sangat marah, kecewa dan kesal. Apa sudah jadi dengan kemanusiaan? Takkanlah bila dah terdesak, harga untuk menguruskan jenazah pun boleh dipermainkan begitu sahaja.

    Kita semua pasti berharap perkara sebegini tidak berulang, kerana setiap insan berhak mendapat layanan yang adil, terutamanya dalam waktu paling perit seperti ini.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts