Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKenali Zuhair Murad, Pereka Gaun Pengantin Anisha Rosnah – Pernah Bekerjasam Bersama...

    Kenali Zuhair Murad, Pereka Gaun Pengantin Anisha Rosnah – Pernah Bekerjasam Bersama Adele, Taylor Swift Dan Selebriti Hollywood

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Walaupun ‘Wedding of The Year’ antara anak ke-10 Sultan Brunei iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Yang Mulia Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah sudah hampir seminggu berlalu, namun ramai masih memperkatakan mengenai perkahwinan diraja itu sehingga kini.

    Menjadi Bualan Sehingga Kini

    via Instagram Zuhair Murad Official

    Dari adat yang unik, busana perkahwinan yang menawan sehingga acara yang mewah dan gah, segala-galannya menjadi bualan masyarakat yang kagum dengan adat perkahwinan diraja Brunei tersebut.

    Dalam semua perkara tersebut, pastinya ramai bersetuju bahawa kejelitaan Dayang Anisha benar-benar memukau mata apatah lagi apabila mengenakan gaun labuh bergemerlapan.

    Trivia Zuhair Murad

    via Instagram Zuhair Murad Official

    Jom kenali pereka fesyen di sebalik busana Majlis Persantapan Diraja iaitu Zuhair Murad menurut Fashion Elite.

    1) Zuhair Murad merupakan seorang pereka fesyen dari Lubnan.

    2) Dilahirkan pada 15 Julai 1971 di Ras Baalbek. Kini berusia 53 tahun.

    3) Tidak lama selepas tamat persekolahan, Zuhair berpindah ke Paris, di mana beliau memperoleh ijazah dalam bidang fesyen.

    4) Terkenal dengan keupayaannya mencipta gaun cantik untuk pelbagai acara sama ada perkahwinan, majlis anugerah, kostum filem dan sebagainya.

    5) Zuhair pernah mereka gaun perkahwinan ikonik yang digayakan oleh Jennifer Lopez dalam filem Marry Me pada tahun 2022.

    6) Sentuhannya menjadi pilihan ramai selebriti serta VIP Hollywood seperti Adele, Taylor Swift, Carrie Underwood, Ivana Trump, Beyoncé Knowles, Shakira, Katy Perry dan Priyanka Chopra.

    7) Mereka gaun yang dipakai oleh Puteri al-Taweel dari Arab Saudi yang digayakan pada majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada 2011.

    8) Zuhair berkongsi lakaran gaun untuk Dayang Anisha di laman Instagramnya. Menurutnya, gaun tersebut direka dan disesuaikan untuk menjelmakan warna gading, diserlahkan dengan sulaman halus motif flora serta diserikan dengan mutiara.

    ALSO READ:  “Jangan Buka Aib Pasangan Yang Pernah Kau Sayang” – Sharnaaz Warning’ Jangan Londehkan Keburukan Pasangan

    9) Dianggap sebagai salah seorang pereka fesyen paling berbakat pada abad ke-21, juga dikenali sebagai individu belakang tabir di sebalik penampilan memukau selebriti di karpet merah.

    10) Mempunyai 6.6 juta pengikut di Instagram.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts