Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Kenapa Mama Mesej Tak Balas, Mama Nak Ajak Makan…”-Abby Abadi

    “Kenapa Mama Mesej Tak Balas, Mama Nak Ajak Makan…”-Abby Abadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Abby Abadi dilihat berkongsi coretan luahan hati terhadap salah seorang anak perempuannya, Marissa Dania di media sosial.

    Abby Abadi atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik satu video yang memaparkan Marissa sedang mempromosikan produk kecantikan berserta kapsyen yang menyatakan Marissa tidak membalas mesej yang dihantar olehnya itu.

    “Adik sayang, Marissa Dania 😍. Buat apa tu? Adik okay tak tu? Kenapa Mama mesej tak balas? Mama nak ajak makan, nak masak spaghetti untuk adik ni. Bila nak balik?.”-kapsyen Abby di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

    “Semoga Yang Baik-Baik Sahaja Hubungan Dua Beranak Ni…”

    Menjengah ruangan komen, coretan Abby telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ramai berkongsi rasa sebakterhadap Abby yang meluahkan rasa rindu kepada anaknya.

    “Aaa sedihnya tengok kapsyen macam ni. Semoga yang baik-baik sahaja hubungan dua beranak ni.”

    “Adik tengah menikmati honeymoon tiap bulan ni mama.”

    “Hati seorang ibu.”

    “Alaa mama pun, adik dah besar panjang, dah menikah dah pun. Tak payah la nak gedik-gedik nak manja dengan anak lagi. Anak tu dah ada suami dah pun. Akak Abby bermanja je dengan baby Dania tu. Yang tu lagi perlukan kasih sayang mak dia sebab tak ada suami lagi.”

    Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka sekeluarga. Apa komen anda?.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts