Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Kenapa Nak Ada Ayah, Kalau…” – Cik B Perjelaskan Kenapa Dia Tidak...

    “Kenapa Nak Ada Ayah, Kalau…” – Cik B Perjelaskan Kenapa Dia Tidak Memerlukan Ayah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali dengan anak kepada usahawan terkenal Dato’ Sri Vida (DSV), Cik B yang sering menjadi perhatian warga net.

    Setiap tindak tanduk yang dikongsikan olehnye di media sosial, pastinya mencuri perhatian.

    Kongsi Perbualan Dengan DSV

    via Tik Tok Cik B

    Terbaru Cik B ada berkongsikan tangkap layarnya kepada umum mengenai perbualannya dengan ibunya DSV.

    Melihat kepada perbualan tersebut, kelihatan Cik B meminta DSV untuk menghantar wang secara online kepadanya kerana ingin pergi membeli belah.

    Cik B yang kini berada di Sepanyol memberitahu walaupun memiliki pendapatan sendiri namun dia lebih suka meminta wang daripada ibunya jika ingin membeli sesuatu.

    Walaupun sudah ada wang sendiri, tetapi lagi seronok membeli-belah menggunakan duit mama.

    Dalam perbualan tersebut, DSV turut bertanya kepada Cik B mengenai jumlah yang diinginkan dan Cik B menyatakan dia tidak kisah menerima berapa sahaja jumlah diberikan ibunya.

    Menerusi hantaran berbeza, Cik B turut memuat naik bukti transaksi diterima daripada Vida dengan jumlah wang yang diterima sebanyak RM20,000.

    Transaksi Tambahan

    via Tik Tok Cik B

    Hantaran seterunya, Cik B kemudian meminta tambahan dari wang tersebut dan DSV sekali lagi melakukan transaksi sebanyak RM50,000.

    Pada ayat permulaan gambar tersebut, Cik B seolah-olah ingin menjawab persoalan warga net mengapa dia tidak mahu mempunyai ayah.

    Kenapa Cik B tak nak ada ayah? Kan best

    Pada akhir gambar tersebut, Cik B menyatakan bahawa dia tidak memerlukan ayah kerana ibunya seorang yang hebat.

    Malah Cik B juga turut mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana menjadi ibu yang terbaik dan terhebat dengan membahagiakan dia dan Kacak.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts