Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kenapa Perlu Pelik Bila Orang Tak Bertudung Bagitahu Mereka Solat?’ – Diana...

    ‘Kenapa Perlu Pelik Bila Orang Tak Bertudung Bagitahu Mereka Solat?’ – Diana Danielle

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Diana Danielle terkilan dengan reaksi pelik ditunjukkan segelintir wargamaya selepas dirinya memaklumkan lebih selesa untuk mengadu segala ujian kepada Allah SWT.

    ‘Kenapa perlu pelik?’

    Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson berpendapat adalah tidak wajar untuk mana-mana individu berasa pelik dengan perkongsian yang dibuatnya sebelum ini.

    Menurut Diana, setiap manusia di muka bumi ini berdepan dengan ujian yang berbeza dan semestinya akan mengadu dan memohon pertolongan daripada Allah SWT.

    Sejak saya berkongsi bahawa solat adalah sumber kekuatan saya, reaksi pertama sering kali, ‘Tutup aurat dulu’.

    Kenapa perlu pelik bila orang tak bertudung bagitahu mereka solat? Adakah jika saya belum sempurna, saya tak layak untuk solat?

    Kan setiap orang ada ujian berbeza. Solat tanda kesedaran untuk berubah dan menjadi lebih baik.

    Berdosa atau tidak, lebih baik kita teruskan amalan rohani sebab mendekatkan diri dengan Allah tak pernah akan jadi perkara yang sia-sia.

    Jangan pandang rendah orang nak berubah

    Tambah pelakon drama ‘Raisha’ itu lagi, setiap pihak tidak sepatutnya memandang rendah terhadap mana-mana pihak yang sentiasa berusaha untuk berubah ke arah kebaikan.

     Jangan kaitkan kesempurnaan dengan amalan. Setiap orang sedang bergelut dengan diri sendiri dan berjuang melawan ‘nafsu’masing-masing.

    Yang penting, kita semua sedang berusaha ke arah kebaikan. Elak rendahkan sesiapa yang sedang cuba berubah.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Diana Danielle dan mendoakan ibu kepada dua orang anak itu agar diberikan petunjuk dan hidayah untuk berhijab satu hari nanti.

    Terdahulu, Diana mengakui dirinya berupaya untuk berdepan dengan proses penceraian bersama pelakon, Farid Kamil dengan lebih tenang selepas banyak mengadu dengan bersujud kepada Allah SWT.

    ALSO READ:  Mencari Saham Akhirat, Ezlynn Reda Bermadu Dengan Doktor Setelah Beri Kebenaran Suami Kahwin Lagi

    Imbas kembali, Diana mengejutkan ramai pihak apabila memfailkan perceraian buat kali kedua selepas setahun kembali rujuk bersama suaminya, aktor Farid Kamil.

    Bagaimanapun, Diana enggan memperincikan alasan membuat keputusan nekad untuk berpisah.

    Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

    Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara dalam talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts