Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Kenapa Tak Ada Surat Terbuka Buat Mangsa Rogol & Perogol? Kalau Shima...

    ‘Kenapa Tak Ada Surat Terbuka Buat Mangsa Rogol & Perogol? Kalau Shima Bukan Main Buat Konten’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Baby Shima tampil mempersoalkan tindakan Da’i Fuad Mokhtar yang tidak menulis surat terbuka kepada Da’i Syed dan mangsa rogol susulan isu yang sedang viral pada masa ini.

    Suruh netizen diam

    Pelantun suara ‘Pura-Pura Bujang’ ini dilihat meluahkan rasa tidak adil apabila isu sebegini tidak dibicarakan bahkan, netizen pula yang disuruh mendiamkan diri.

    Kenapa tak ada surat terbuka buat mangsa rogol dan perogol? Kalau shima bukan main buat konten, kena puak sendiri pandai pula suruh netizen diam.

    Bila puak dia buat hal, semua senyap sunyi masuk dalam gua. Buat-buat tak nampak, tak ada surat terbuka. Tak ada doa bala. Ada yang siap menjatuhkan hukum neraka terus kalau isu shima dan artis lain.

    Bila hal artis, semua laju buat konten nak naikkan view semata-mata katakan. Baru komen Fb dan Ig meriah? Konon terpaling tegur.

    Terdahulu, Da’i Fuad tampil meluahkan responsnya berhubung berita Da’i Syed perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    Menurut Da’i Fuad, dia berasa terkelu lidah, serba salah dan menitik air mata sebaik sahaja mendengar berita hukuman yang terpaksa dijalani oleh rakannya itu.

    Pada masa yang sama, Da’i Fuad turut bersimpati terhadap mangsa kerana perlu melalui pengalaman yang berat. Ujar Da’i Fuad, tidak mudah untuk seorang wanita meneruskan kehidupan setelah melalui keadaan yang sukar.

    Tidak ketinggalan, Da’i Fuad turut meluahkan rasa kasihan terhadap isteri dan anak Da’i Syed kerana perlu menghadapi rintangan hidup yang berat ini.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Andika Putera Hilang 5,000 Pengikut Di Instagram, Tenang Kongsi Video GRWM Mint Green
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts