Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKeputusan Ketua Juri AJL38: Aina, Ernie & Marsha Terbaik, Perbezaan Markah Ketara

    Keputusan Ketua Juri AJL38: Aina, Ernie & Marsha Terbaik, Perbezaan Markah Ketara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    AJL 38AJL 38

    Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), Datuk Mokhzani Ismail mendedahkan penyanyi Ernie Zakri dan Marsha Milan merupakan pencabar terdekat Aina Abdul bagi anugerah Vokal Terbaik.

    Top 3 vokal terbaik

    Bagaimanapun kata Mokhzani, jarak markah yang diperolehi ketiga-tiga penyanyi itu agak jauh.

    Lagu Aina menyerlahkan kekuatan vokal dia pada malam tersebut. Ernie agak bagus tapi juri berpendapat pengubahan lagu dia itu agak overdo. Berlainan daripada original.

    Vokal top 3 ialah Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha. Jarak antara markah mereka juga jauh.

    Dalam pada itu, Mokhzani menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengatakan barisan juri sengaja menidakkan kemenangan Ernie menerusi lagu Astana.

    Dakwaan itu tidak benar. Saya sendiri sudah banyak kali bekerjasama dengan Ernie. Banyak kali saya gunakan khidmat dia.

    Pertandingan ini berpandukan kepada lagu, penyanyi hanya menyampaikan sahaja. Kalau naskhah itu bagus, jadi baguslah.

    Ernie seorang penyanyi yang hebat, dia pergi sekolah dan belajar. Jadi saya rasa dia mampu. Sekarang dia juga sudah menulis lagu dan banyak karya dia mendapat tempat di final AJL. Saya tidak menidakkan kebolehan dia.

    Terdahulu, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari diumumkan sebagai juara AJL 38 sekali gus membawa pulang trofi dan wang kemenangan berjumlah RM100,000.

    Dalam pada itu, lagu Sutera nyanyian Aisha Retno diangkat sebagai naib jura dan berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000. Aisha juga diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000.

    Menduduki tempat ketiga pula adalah lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, sekali gus menerima wang tunai RM30,000 berserta trofi. Aina turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

    ALSO READ:  Didakwa Bercuti Di Bali Bersama Meerqeen, Ameera Khan Mengaku Dah Ada Teman Lelaki – ‘Dia Berada Di London’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts