Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Kerana Anis, Bisnes Orang Lain Terkesan” – Ifa Raziah Sahkan Ruhainies Tarik...

    “Kerana Anis, Bisnes Orang Lain Terkesan” – Ifa Raziah Sahkan Ruhainies Tarik Diri Dari SV Mega Raya Festival

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini, netizen menyelar tindakan Ifa yang mengekalkan Ruhainies sebagai salah seorang selebriti yang terbabit dalam Starvendors (SV) Mega Raya Festival biarpun aktres terbabit terpalit kontroversi ditangkap khalwat bersama Alif pada 8 Mac lalu.

    Ifa Raziah Sahkan Penarikan Diri Ruhainies

    via Instagram Ifa Raziah

    Terbaru artis serba boleh, Ifa Raziah mengesahkan pelakon kontroversi, Ruhainies menarik diri daripada menyertai karnival beli-belah, Starvendors (SV) Mega Raya Festival di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai 29 Mac ini.

    Ifa yang juga penganjur acara berkenaan menjelaskan keputusan itu dibuat Ruhainies rentetan kontroversi ditangkap khalwat bersama pelakon berasal dari Singapura, Aliff Aziz minggu lalu .

    Tidak Menjejaskan SV Mega Raya

    via Instagram Ifa Raziah

    Ifa Raziah memberitahu, daripada maklumat diperoleh, Ruhainies tidak mahu kontroversi yang menimpanya, menjejaskan SV Mega Raya Festival yang berlangsung empat hari itu.

    Pada hantaran Instagram Story (IGs), Ifa berkongsi maklumat diterima daripada Ruhainies berhubung penarikan dirinya daripada menyertai SV Mega Raya Festival.

    Salam semua, Anis sudah ‘inform’ Kak Ifa yang Anis tarik diri.

    Don’t worry tau. Anis sudah lama fikir sebab Anis tak nak kerana Anis, bisnes orang lain yang affected.

    Anis totally understand. Insya-Allah, ada rezeki Anis di tempat lain. Semoga kita semua dimurahkan rezeki.

    Insya-Allah, ada rezeki, kita jumpa lagi. Salam Ramadan.

    Tidak Memboikot SV Mega Raya

    Sebelum ini, Ifa berharap netizen tidak memboikot dirinya dan SV Mega Raya Festival berikutan pembabitan Ruhainies pada acara berkenaan.

    Ifa dilapor berkata, sebagai penganjur, dia perlu bersikap neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts