Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKerana Cinta, Kerabat Diraja Ini Sanggup Lepaskan Tahkta & Gelaran

    Kerana Cinta, Kerabat Diraja Ini Sanggup Lepaskan Tahkta & Gelaran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tidak semua perkara indah dan mudah apabila dilahirkan sebagai ahli keluarga diraja. Walaupun ada banyak kelebihan, mereka perlu hidup dalam tanggungjawab dan protokol yang mencabar.

    Jika mereka ingin menjalinkan hubungan atau berkahwin, ahli keluarga diraja ini perlu memilih pasangan dari lingkungan mereka sendiri atau setaraf dengannya. Tetapi jika mereka jatuh cinta dengan rakyat biasa, mereka terpaksa memilih sama ada kehidupan diraja mereka atau melepaskannya.

    Ada yang tidak sanggup dan juga yang sanggup melepaskan gelaran diraja mereka atas nama cinta seperti:

    1. Puteri Nori (Jepun)

    Mengahwini kekasih yang dikenali sejak kecil iaitu Yoshiki Kuroda, Puteri Nori (Sayako Kuroda) terpaksa melepaskan gelaran dan kelebihan keluarga diraja Jepun.

    Foto – Pinterest

    Ketika meninggalkan istana, Sayako hanya mengambil sebuah meja, almari dan wang bayaran daripada kerajaan sebagai peralihan hidupnya sebagai rakyat biasa.

    2. Puteri Mako (Jepun)

    Selepas mengumumkan pertunangan dengan Kei Komura, Puteri Mako perlu melepaskan takhta bakal diwarisinya (bapanya berada di kedudukan kedua pewaris takhta Jepun).

    Foto – Pinterest

    Puteri Mako akhirnya berkahwin dan berpindah ke New York untuk menjalani kehidupan sebagai orang biasa.

    3. Putera Friso (Belanda)

    Putera Friso atau nama penuhnya Johan Friso Bernhard Christiaan David, telah hilang kelayakannya untuk menjadi raja Belanda seterusnya selepas mengambil keputusan untuk mengahwini wanita biasa.

    Foto – Pinterest

    Selepas dikenalkan oleh adiknya di Brussels, Putera Friso berkahwin dengan Mabeel Wisse Mitt pada tahun 2004. Pada 17/2/2012, Putera Friso dikhabarkan telah koma selepas ditimpa kemalangan ketika bermain ski di Australia. 18 bulan kemudian, Putera Frisco disahkan meninggal dunia akibat beberapa komplikasi.

    4. Puteri Ubolratana (Thailand)

    Anak sulung Raja Bhumibol Adulyadej dan Ratu Sirikit iaitu Puteri Ubolratana terpaksa melepaskan gelaran dirajanya selepas berkahwin dengan Peter Ladd Jensen. Pasangan yang dikurniakan 3 orang anak ini akhirnya berpisah dan Puteri Ubolratana kembali ke Thailand.

    ALSO READ:  Pemandu Lori Ditahan Kerana Menghempaskan Kekasih Dari Tingkat 23 Kondominium
    Foto – Pinterest

    Pada tahun 2004, tsunami melanda Thailand dan anak kedua puteri ini yang alami autistik telah maut. Sejak daripada itu, Puteri Ubolratana menubuhkan yayasan kanak-kanak autisme dan masalah pembelajaran.

    5. Putera Philip (Greece & Denmark)

    Foto – Pinterest

    Demi meneruskan hasrat untuk mengahwini kekasihnya iaitu Ratu Elizabeth II yang pernah memegang jawatan Ratu United Kingdom; Putera Philip dengan mudah melepaskan haknya sebagai pewaris kepada dua takhta. Untuk pengetahuan kamu, Putera Philip telah dilahirkan sebagai putera Greece dan Denmark.

    6. Putera Lennart Bernadotte (Sweden)

    Telah menimbulkan kekecohan pada tahun 1932, perkahwinan Putera Lennart Bernadotte dan kekasihnya, Karin Nissavandt tidak mendapat restu daripada ibunya dan kebenaran diraja.

    Foto – Pinterest

    Disebabkan oleh itu, mereka terpaksa ke London untuk melangsungkan perkahwinan. Putera Lennart menganggap Mahkamah Diraja Sweden telah memberikan layanan yang kejam kerana perkahwinannya. Manakala Karin pula mengalami masalah mental iaitu psikosis yang akhirnya membuatkan pasangan ini berpisah pada 1971.

    Tidak kira orang biasa atau keluarga diraja, demi cinta semuanya sanggup kan?

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts