Pelakon Noorkhiriah memberitahu dia sudah pernah memenangi beberapa anugerah berprestij sejak menceburi bidang lakonan, 27 tahun yang lalu.
Zaman kakak menang adik belum lahir
Menerusi posting di Instagram, Khiriah dilihat menjawab pertanyaan daripada seorang individu yang didakwa mempertikaikan bila pelakon drama ‘Nur’ itu akan meraih anugerah berprestij. Menurut Khiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, dia bersyukur kerana pernah menerima pengiktirafan dan beberapa trofi sepanjang menjadi anak seni.
Tambah Khiriah, fokusnya pada waktu ini bukan lagi mengejar trofi, tetapi demi kelangsungan hidup dan kerjaya.
Tak salah sama sekali bertanya, tetapi bila kerap sangat, saya pun tempel baliklah. Mungkin zaman akak menang, adik belum lahir. Alhamdulillah, saya dah dapat lama, sampai warna (trofi) pun dah kuning. Walaupun tak banyak mana dan tak penuh almari, saya dah pernah dapat dulu. Sekarang misi kerja, bukan anugerah.
Sebenarnya, dari dulu lagi, saya kerja sebab ini kerja akak. Nak bayar itu dan ini. Kadangkala luruh rambut nak fikir kenapalah tiada tawaran kerja masuk.
Bukan anugerah yang saya fikir. Tetapi apabila kerja kita dihargai, Alhamdulillah, syukur.
Berbicara lebih lanjut, Khiriah turut berkata, hasrat memenangi anugerah setiap kali berlakon bukanlah apa yang disemat di dalam fikirannya pada setiap masa.
Itu bukan cara saya. Misi saya sekarang adalah nak memasukkan roh watak sesuatu cerita sebab selepas ini, belum tentu ada rezeki ‘job’ yang menarik. Adakalanya, ada anugerah, tawaran berlakon belum tentu ada. Zaman sekarang zaman ‘follower’ dik. Apapun, syukur Alhamdulillah saya dah merasa.