Usahawan terkenal Kak KM meluahkan rasa stres apabila kereta jenama mewah miliknya telah diumpil oleh penyamun.
Tali terkulai-kulai
Menerusi temu bual bersama , Kak KM berkata, dia menyedari perkara tersebut sewaktu hendak pergi ke klinik semalam. Menurut Kak KM, terdapat beberapa kesan umpilan di bahagian keretanya.
Rasa macam ada orang umpil. Kereta ini selalu parking depan rumah. Tapi disebabkan kereta saya terlalu banyak dan tak muat parking di bawah, saya ambil keputusan untuk letak atas bukit tapi tiada kamera litar tertutup (cctv).
Semalam, semasa nak pergi klinik bawa kereta itu, saya tengok tali terkulai-kulai. Tengok macam kena potong.
Bodoh punya penyamun. Ingat itu kain biasa ke padahal itu besi. Bodoh nak mamp*s.
Tambah Kak KM, setakat ini dia belum tahu mengenai kos yang perlu ditanggung untuk membaiki kerosakan tersebut.
Perasaan saya sekarang memang takut. Saya belum bawa ke tempat pembaikan lagi. Kalau saya dapat tahu siapa yang buat macam ini, saya akan pukul dulu baru bawa pergi ke balai polis. Dia boleh curi radio, seat kereta dan lain-lain kalau berjaya.
Disoal mengenai perancangannya supaya perkara yang sama tidak berulang lagi, Kak KM memberitahu dia akan meletakkan kenderaannya di tempat yang berbayar dan mempunyai cctv agar kes umpil seperti ini tidak terjadi lagi.
Video
View this post on Instagram