Booking.com dan Antom mengumumkan kerjasama strategik yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pembayaran pelanggan di Asia.
Melalui kerjasama ini, Booking.com akan memperkenalkan lebih daripada 40 kaedah pembayaran baru di lapan pasaran utama di Asia, termasuk Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, dan Filipina, yang merangkumi populasi kira-kira 680 juta orang.
Menyelaraskan Pembayaran Yang Lebih Peribadi
Kerjasama ini membolehkan Booking.com untuk menyelaraskan penyelesaian pembayaran yang lebih diperibadikan, membuka peluang perniagaan dan mengatasi cabaran yang berbeza di setiap pasaran, seperti perbezaan dalam kaedah pembayaran, mata wang, dan kawal selia.
Antom, sebagai penyedia perkhidmatan pembayaran global, membantu menyelesaikan kerumitan ini dengan menyepadukan pelbagai pilihan pembayaran tempatan dan menyediakan platform yang menyokong lebih 100 mata wang.
Antom telah mencipta keupayaan pemerolehan tempatan di lebih daripada 40 negara dan wilayah.
Teknologi canggih seperti AI dan blockchain digunakan untuk meningkatkan keselamatan transaksi, mengoptimumkan pengurusan risiko, serta meningkatkan kecekapan operasi melalui penyelesaian pembayaran masa nyata.
Pembayaran Yang Lebih Fleksibiliti
Selain itu, Antom turut menawarkan penyelesaian pendigitalan dan pemasaran digital untuk menyokong pertumbuhan perniagaan pedagang.
Dengan kerjasama ini, Booking.com akan menawarkan pelbagai pilihan pembayaran tempatan termasuk dompet mudah alih seperti AlipayHK, Boost, GCash, GrabPay, Kakao Pay, Naver Pay, Touch’n Go eWallet, dan TrueMoney.
Langkah ini memberi lebih fleksibiliti kepada pelanggan, mempercepatkan proses pembayaran, dan memudahkan pengembara untuk membuat tempahan dengan lebih mudah dan yakin.
Kerjasama ini juga menunjukkan komitmen syarikat untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang lancar, dari tempahan hingga pembayaran.
Malah ia dapat memenuhi keperluan pelanggan di pelbagai pasaran, memperluas peluang pertumbuhan dan mencipta ekosistem pembayaran yang lebih inovatif.