Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKerjasama DJ Fuzz, Fimie Don Dan Ayunie Rizal Berjaya Hasilkan Kisah Indah...

    Kerjasama DJ Fuzz, Fimie Don Dan Ayunie Rizal Berjaya Hasilkan Kisah Indah Penghantaran Abang Ninja

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ninja Van Malaysia syarikat logistik berteknologi terkemuka, telah mengeluarkan sebuah video muzik yang menyentuh hati untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

    Kisah Penghantar Bungkusan

    Video ini menceritakan kisah bagaimana kehidupan seorang penghantar Ninja Van Malaysia mengalami perubahan positif setelah berjumpa dengan kekasihnya secara tidak sengaja semasa beliau membuat penghantaran.

    Video muzik ini bukan sekadar memaparkan kegembiraan dan kesedihan yang terlibat dalam pekerjaan sebagai penghantar, tetapi juga mencerminkan pengalaman ramai pemandu penghantaran yang memainkan peranan penting dalam operasi Ninja Van Malaysia, bagi menyampaikan kegembiraan satu bungkusan pada satu masa.

    Kerjasama Bersama DJ Fuzz

    via Ninja Van Malaysia

    DJ Fuzz, artis tempatan dan pengasas Mixology Media, bekerjasama dengan Ninja Van Malaysia untuk menghasilkan sebuah karya yang menawan hati para belia untuk meraikan keistimewaan bulan mulia ini, dengan muzik mereka yang unik dan luar biasa.

    Video ini bermula dengan seorang penghantar muda Ninja Van Malaysia yang dilakonkan oleh Fimie Don, di mana takdir menemukan penghantar ini dengan jodohnya, lakonan Ayunie Rizal.

    Kisah cinta mereka mula berputik dan memaparkan gambaran-gambaran kehidupannya buat beberapa tahun.

    Teman Setia Dalam Hidup

    via Ninja Van Malaysia

    Menjelang pengakhiran video, jalan cerita menyaksikan kehadiran berterusan Ninja Van sebagai teman setia dalam hidupnya bagi memastikan setiap penghantaran dapat dilengkapi, dan para penghantar rasa dihargai seperti keluarga sendiri.

    Video ini disetkan dengan latar belakang muzik hip hop yang meriah oleh DJ Fuzz.

    Melalui kerjasama dengan DJ Fuzz ini, Ninja Van Malaysia berharap untuk menjadi sumber hiburan dan ketenangan bagi mereka yang berpuasa dalam bulan suci Ramadan dan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Sila layari saluran YouTube Ninja Van untuk menonton video sepenuhnya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Che Ta Bawa Aaisyah Dhia Rana Shopping Makeup Raih Perhatian Ramai-“Bajet RM100 Je Tau!”

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts