Sebagai seorang anak, penyanyi Aishah Aziz berkata, ibunya iaitu Hafiza terlalu banyak berkorban demi keluarga.
Lebih menyedihkan, tidur wanita itu sering terganggu disebabkan kecaman yang diterima sejak beberapa tahun yang lalu sehingga hari ini.
Terpaksa tanggung selama bertahun-tahun
Saya tahu pengorbanan ibu. Saya ingat kesemuanya dan semoga Allah membantu saya untuk tidak melupakannya. Kegelisahan lewat malam menerusi panggilan telefon terpaksa ibu tanggung selama bertahun-tahun.
Menurut Aisyah, dia menjadi saksi apabila ibunya terpaksa berdepan dengan pelbagai kecaman susulan kontroversi membabitkan abangnya, Aliff Aziz.
Meskipun terpaksa melalui pelbagai ujian, Aisyah memberitahu ibunya masih kelihatan tenang dan sabar.
Bukan itu sahaja, wanita itu seakan berlapang dada menerima apa yang berlaku walaupun pada awalnya dia seolah tidak dapat menerima.
Ibu juga membuktikan kepada saya berkali-kali bahawa perubahan bermula daripada kesanggupan dan kesedihan untuk berada dalam ruang yang tidak selesa luar dan dalam kerana Allah dan cinta.
Terdahulu, Hafiza mendedahkan mereka sekeluarga menerima pelbagai kata-kata kesat dan hinaan daripada netizen menerusi mesej langsung (DM) yang dihantar ke akaunnya.
Hafiza akui dia dan suami menerima perkara itu dengan hati terbuka namun meminta agar netizen berhenti menghina ibu bapa serta mentuannya yang sudah meninggal dunia.