Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKesedihan Dayang Nurfaizah Merekam Lagu Terakhir Oleh Rudy Imran

    Kesedihan Dayang Nurfaizah Merekam Lagu Terakhir Oleh Rudy Imran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Dayang Nurfaizah tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi kisah mengenai proses pembikinan album yang terbaharu.

    Terkilan tak dapat rakam sewaktu arwah ada

    Menerusi temu bual bersama Dayang memberitahu arwah Rudy Imran sempat menulis sebuah lagu untuknya dan meminta ia dirakam segera namun, hasrat itu tidak kesampaian.

    Meskipun sudah dua tahun arwah pergi meninggalkan semua orang, Dayang mengakui sehingga kini dia berasa sebak apabila mengimbau pesanan terakhir yang ditinggalkan penulis lirik dan wartawan hiburan itu.

    Saya terkilan sebab tak dapat rakam lagu itu semasa arwah masih ada. Bukan tak nak rakam tapi keadaan kesihatan dan jadual tidak mengizinkan saya.

    Untuk album baharu saya memang ada lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Allahyarham Rudy. Bila cakap soal lagu ini saya sedih dan terkilan tak sempat rakam ketika hayat arwah masih ada.

    Bukan tak nak rakam, tapi keadaan kesihatan dan jadual tidak mengizinkan saya rakam lagu ketika itu.

    Pesanan terakir arwah hantar kepada saya dia minta jangan tunggu dia dan terus rakam sahaja lagu tersebut tapi selepas beberapa hari arwah menghembuskan nafas terakhir. Saya sedih kerana arwah nak sangat dengar lagu ini.

    Berbicara lebih lanjut, Dayang berkata arwah terbabit sejak awal pemilihan lagu yang berjudul ‘Mencintai Cinta Itu’.

    Daripada proses pencarian lagu kami datang ke studio Ajai untuk pilih lagu yang sesuai. Sebagai penulis lirik arwah kena ada bersama untuk beri idea. Kami sempat berbincang dan nampaknya apa yang dipilih adalah sama.

    Saya juga memberi kebebasan kepadanya untuk menulis. Memang saya nak arwah ada ketika proses rakaman, tapi nampaknya tak kesampaian. Rakaman lagu ini akhirnya disiapkan penghujung tahun lalu.

    Dayang yang ditemui pada sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends di sebuah hotel, baru-baru ini, turut berkongsi mengenai jadualnya sepanjang bulan Ramadan.

    ALSO READ:  ‘Bercerai Tidak Semestinya Perlu Bermusuh & Bukanlah Penamat Segalanya’ – Emma Maembong

    Ujar Dayang, dia mahu memberi sepenuh tumpuan kepada album yang bakal keluar tidak lama lagi.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts