Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKesedihan Saya Kerana Melihat Bella Menangis Setiap Hari - Puteri Sarah

    Kesedihan Saya Kerana Melihat Bella Menangis Setiap Hari – Puteri Sarah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Hantaran pelakon Puteri Sarah Liyana berhubung kemelut rumah tangga yang dilalui Bella Astillah sekali lagi mencuri tumpuan ramai.

    Puteri Sarah terkesan dengan kisah Bella

    Di Instagram, Puteri Sarah berkongsi kata-kata semangat buat seorang wanita supaya berdiri atas kaki sendiri dan tidak bergantung harap kepada orang lain. Selain perlu kuatkan diri demi meraih impian dan kebahagiaan dalam hidup.

    Manakala di ruangan kapsyen, Puteri Sarah akui sedih dan terkesan mengenangkan nasib yang menimpa Bella lebih-lebih lagi apabila sering mendengar luahan isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu.

    Satu Malaysia bersedih hari ini (Semalam), samalah Sarah pun. Entah kenapa kisah orang lain sedih juga tapi tak terkesan macam kisah Bella Astillah ni.

    Mungkin sebab hari-hari dengar dan tengok Bella menangis. Hari ini (semalam) semua emo macam Sarah juga kan?

    Dalam pada itu, Puteri Sarah menafikan dakwaan segelintir wargamaya yang menyifatkan dia ‘menumpang’ dan mengambil kesempatan dengan situasi tersebut.

    Kepada anda semua yang tengah melalui benda yang sama, Sarah doakan anda kuat dan semoga dipermudahkan.

    Terdahulu, industri hiburan tanah air kecoh dengan kisah pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

    Semalam, Bella hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama sebutan kes perceraian yang difailkan terhadap Aliff. Namun aktor itu tidak menghadirkan diri dengan alasan terlibat penggambaran.

    Mahkamah kemudian menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kedua kes perceraian pasangan itu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts