Umum mengetahui bahawa sebelum ini bekas vokalis Exist, Mamat didenda RM4,000 atau penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan pada 2019.
Perlu Menjalani Tempoh Pengawasan
Mamat juga perlu menjalani tempoh pengawasan bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang selama dua tahun.
Sebagai rakan yang sudah mengenali Mamat selama lebih tiga dekad, Ajai mengakui sedih melihat rakannya terjerumus dengan najis dadah.
Kesilapan Datang Dari Diri Sendiri
Namun, Ajai menolak faktor sekeliling dan kesilapan memilih kawan sebagai punca Mamat sukar menjauhkan diri daripada dadah.
Sebaliknya, katanya, kesilapan datang daripada penyanyi itu sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana individu.
Menurut Ajai lagi, semuanya terletak pada hati Mamat yang tewas dengan godaan bahan terlarang itu.
Apa yang terjadi bukan salah orang lain, tetapi hatinya masih berbolak-balik.
Kalau ada orang bagi dan hati kamu tak nak, tak jadi juga. Pokok pangkalnya hati sendiri
Ajai juga tidak menyalahkan orang sekeliling kerana tahu rakan-rakan sudah mencuba sedaya upaya membantu Mamat.
Ajai turut menjelaskan bahawa anggota Exists sendiri juga sudah puas menasihat dan membantu Mamat, tapi masih sia-sia.