Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKetawa ‘Pecah Perut’ Dengan ‘Stand Up’ Komedi Mad Sabah Di Pulau Pinang...

    Ketawa ‘Pecah Perut’ Dengan ‘Stand Up’ Komedi Mad Sabah Di Pulau Pinang 27 Julai Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelopor jelajah ‘stand up’ komedi Melayu, Mad Sabah kini kembali ke pentas! Kali ini lebih besar, lebih mantap dan lebih kelakar.

    Mad Sabah ke Pulau Pinang

    Selepas jelajah komedi Malaysia pertamanya pada tahun 2023 yang meraih kejayaan besar, pelawak kelahiran Kunak, Sabah ini bakal menjadikan Pulau Pinang sebagai persinggahan utama dalam jelajah komedi terbarunya yang berjudul Sabah Pun Malaysia.

    Acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 27 Julai ini jam 8.30 malam bertempat di Auditorium Tun Dr. Lim Keng Yaik, Tingkat 5, Wawasan Open University Pulau Pinang.

    Dalam pada itu, Mad Sabah mendedahkan pada awal penglibatannya dalam dunia komedi, keluarganya tidak bersetuju dia menjadi pelawak.

    Saya seorang sahaja yang terlibat dalam bidang persembahan. Mungkin sebab ahli keluarga yang lain lebih minat belajar berbanding saya. Di sekolah, saya dikenali sebagai ‘monyet sekolah’ kerana selalu membuat lawak-lawak bodoh.

    Bila saya mengambil keputusan untuk menceburi lawak ‘stand up’ secara ‘full-time’, mula-mulanya keluarga saya tidak bersetuju. Bidang ‘stand up’ seperti tiada masa depan tetapi saya dapat meyakini keluarga saya.

    Bagaimanapun usahanya membuahkan hasil apabila dia kini makin dikenali ramai dengan jenaka yang membuatkan penonton tidak kering gusi.

    Banyak pengalaman yang terukir dalam ingatan saya. Antaranya adalah peluang untuk beraksi bersama Harith Iskander dan Douglas Lim diatas satu pentas. Begitu juga dengan legenda-legenda muzik, yang saya selalu tonton di TV dulu, seperti Datuk Zainal Abidin dan Datuk Ramli Sarip. 

    Tapi pengalaman yang paling berharga adalah rasa usaha saya selama ini berbaloi kerana peminat komedi ‘stand up’ sanggup keluarkan duit semata-mata untuk tengok saya.

    Selain itu, Mad Sabah turut mengadakan persembahan di Labuan, Johor, Kuching, Kota Kinabalu, sebelum mengakhiri siri jelajahnya di Kuala Lumpur.

    ALSO READ:  Polis Temui Telefon Dipercayai Milik Nur Farah Kartini, Suspek Buat Pengecaman

    Jika anda dahagakan gelak tawa bertemakan lokal, maka bersiap sedia untuk menikmati bufet komedi dengan kelainan jenaka oleh pelawak yang berasal dari Negeri di bawah bayu itu.

    Dapatkan tiket anda segera di cloudjoi.com/shows/mad-sabah-sabah-pun-malaysia-edisi-pulau-pinang.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts