Tanggal 11 Julai merupakan hari istimewa buat pelakon, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad yang meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-39 pada hari ini.
Berkongsi video kolaj sepanjang hari lahirnya sejak 2017, Raja Ilya menyatakan bahawa mencapai usia 39 itu telah dipenuhi dengan rasa syukur serta renungan yang mendalam dalam dirinya itu.
“Ketika saya berada di puncak usia 39 tahun, saya dipenuhi dengan rasa syukur renungan yang mendalam. Hidup di bumi ini selama 39 tahun adalah perjalanan yang ditandai dengan cabaran, kejayaan, kesakitan, dan kegembiraan. Setiap liku-liku, setiap jatuh dan bangun, telah membentuk saya menjadi manusia pada hari ini.
Kesibukan tanpa henti. Terdapat hari apabila berat dunia terasa hampir tidak tertanggung. Tetapi pada saat-saat perjuangan ini, saya menemui kekuatan saya. Setiap setback mengajar saya ketabahan, setiap kegalan, pengajaran dalam ketabahan.”-titip Raja Ilya di Instagram
View this post on Instagram
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dilihat membanjiri ruangan komen dengan ucapan hari lahir serta doa buat pelakon filem Appalam ini.
“Happy birthday kak, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu Aaminn ❤️.”
“Happy birthday! Hope you have the best day with the fam 🎂😍 see you next week ❤️.”
“Happy birthday loving @rajailya ❤️❤️ semoga panjang umur.. sihat ..bahagia selalu dengan keluarga tercinta.. take care dear ❤️❤️❤️❤️❤️.”
Selamat hari lahir buat Raja Ilya yang ke-39 tahun!