Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKeuntungan Lebih RM40 Juta, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bayar Zakat Tahunan...

    Keuntungan Lebih RM40 Juta, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bayar Zakat Tahunan Cetus Perhatian!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali pelakon, model dan usahawan Malaysia, Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Wawa Zainal adalah individu yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan kita.

    Wawa Zainal memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2011 sebelum mengambil keputusan untuk berehat sebentar selepas berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel.

    Selepas Berkahwin, Wawa Zainal mula berkecimpung dalam bidang keusahawanan bagi memasarkan produk kosmetik jenamanya sendiri. Kini Jenama Wawa Cosmetics mampu untuk menaja rancangan nilaian jutaan ringgit.

    Bayar Zakat Merupakan Salah Satu Rukun Islam

    Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipan adalah berdosa besar.

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Aeril Zafrel yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 329 ribu, tanda suka sebanyak 21 ribu dan sebanyak 594 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membayar zakat hasil dari pernigaan mereka pada tahun 2023 sebanyak RM1,015,000.

    @aerilzafrel8

    macam ni rupanya perasaan salam tok kadi😍😍

    ♬ original sound – aerilzafrel – aerilzafrel

    Rata-rata netizen memuji tindakan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal itu. Mereka mengatakan bahawa membayar zakat adalah sesuatu perkara yang baik dan rezeki akan semakin bertambah. Mereka juga memberitahu bahawa pendapatan keuntungan yang diperolehi oleh Ariel dan Wawa Zainal sekitar RM40 Juta kerana mampu membayar zakat dengan jumlah sedemikian, namun ianya belum mendapat kepastian dari tuan empunya badan itu sendiri mengenai benar atau tidak keuntungan mereka begitu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Aeril Zafrel Joget Bersama Meerqeen Buatkan Netizen Terhibur-“Dia Jadi Kaki Step Pulak!”

    Apa-apa pun, sebagai umat islam, kita jangan lupa menjalankan tanggungjawab kita untuk membayar zakat. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts