Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKewajipan Fardhu Ain Umat Islam, Ini Syarat Wajib & Waktu Tunaikan Zakat...

    Kewajipan Fardhu Ain Umat Islam, Ini Syarat Wajib & Waktu Tunaikan Zakat Fitrah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selain berpuasa di bulan Ramadan, tidak lupa juga untuk menunaikan kewajipan fardhu ain iaitu zakat fitrah.

    Artikel berkaitan: Khairul Aming Berjaya Kuruskan Badan Dari Saiz XXL Ke L, Netizen Respon – ‘Dia Masak Sedap Lepastu Orang Lain Makan’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Dedah Bayar Zakat Lebih RM785k Sebelum Tunai Umrah – ‘Inilah Hadiah Yang Saya Dapat Selepas Bantu Para Asnaf’

    Syarat wajib zakat fitrah

    Zakat fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan yang mulia ini.

    Antara syarat-syarat wajib zakat fitrah adalah seperti berikut:

    1. Individu yang mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
    2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
    3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
    4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.

    Waktu menunaikan zakat fitrah

    Selain itu, penting juga untuk mengetahui waktu-waktu untuk menunaikan zakat fitrah adalah:

    1. Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadan sehingga terbit matahari satu Syawal.
    2. Waktu afdal: Sebelum sembahyang hari raya.
    3. Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadan.
    4. Waktu makruh: Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
    5. Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

    Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW mengfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadan ke atas setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji (Riwayat Bukhari & Muslim)

    Berdasarkan hadis ini, wajib bagi setiap umat Islam untuk mengeluarkan zakat fitrah tidak kita jantina, umur dan pangkat.

    ALSO READ:  [KUIZ] Macam Mana Nak Pilih Pelan Postpaid Yang Sesuai Dengan Gaya Hidup Korang? Jawab Kuiz Ni Baru Tahu!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts