Penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim dilaporkan terbabit dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu, petang tadi.
Sedikit kecederaan
Memetik laporan Harian Metro, Khadijah mengalami sedikit kecederaan apabila kereta pacuan empat roda Toyota Hilux dinaikinya bertembung dengan Toyota Avanza dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu.
Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira 5.30 petang. Selain Khadijah, turut cedera dalam kenderaan pikap terbabit ialah Baharuddin Hassan, 70, dan Kharnita Adrianti Aminudin, 40.
Bagaimanapun, pelantun suara ‘Doa Buat Kekasih’ ini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan ketiga-tiga mereka dapat keluar dengan sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan anggota bomba yang dikejarkan untuk membantu mangsa.