Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKhai Bahar Dikecam Netizen?-“Lagu Makin Tak Best, Cover Lagu Orang Suara Sedap...

    Khai Bahar Dikecam Netizen?-“Lagu Makin Tak Best, Cover Lagu Orang Suara Sedap Tapi Lagu Sendiri Hampeh!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi kacak kelahiran Perlis ini, Muhammad Khairul bin Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar. Selain menyanyi, Khai Bahar juga seorang pelakon dan mempunyai kelab peminat berskala besar di Malaysia dan Indonesia.

    Memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila sering melakukan cover lagu-lagu Malaysia dan Indonesia di laman media sosial miliknya. Khai Bahar juga dikenali sebagai ‘King of Smule’ apabila sering meluangkan masanya di aplikasi nyanyian tersebut.

    Khai Bahar sebelum ini dikaitkan dengan beberapa artis wanita dan pada akhirnya Khai Bahar mengakui bahawa dirinya tidak punya teman istimewa dan bahagia dengan hidupnya bersama peminat-peminatnya.

    “Suara Sesuai Lagu Yang Macam Dulu Tu”

    Baru-baru ini, Khai Bahar mempertaruhkan lagu ‘Oh Wanita’ di separuh akhir muzik muzik ke 38. Tapi malangnya lagu tersebut tidak mendapat tempat untuk memasuki AJL 38.

    Pada video persembahannya yang tular di media sosial facebook itu, netizen mula meninggalkan komen yang kurang enak untuk didengar apabila rata-rata mengecam nyanyiannya itu. Mereka mengatakan aura Khai Bahar serta lagu-lagu terkininya tidak seperti dahulu dan makin tidak sedap untuk di dengar.

    “Dia ni kalau cover lagu orang best, lagu sendiri takde wow sangat.. biasa biasa jer”

    “Apa ke hal lagu dia makin tak best ni”

    “Vocal lari kenapa ehhh”-kata mereka

    VIA FACEBOOK

    Apa-apa pun, setiap penyanyi pasti akan ada masa naik dan turunnya terutamanya dalam menghasilkan lagu. Mungkin Khai Bahar ingin mencuba sesuatu yang baru seperti lagu-lagu terbarunya ini. Semoga Khai Bahar tidak putus asa untuk menghasilkan karya yang terbaik terutamanya buat peminat-peminatnya.

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,250FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts